SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, December 6, 2010

Sangat La Penat.....

Yeee... Amir tak nak langsung kat orang lain. Orang baru lalu kat depan dia dah peluk kaki aku tak nak lepas.

Nak tak nak tadi masuk meeting 5S aku angkut sekali. Memula dia melalak sebab aku tinggal dia n masuk meeting. Bila aku dah angkut masuk meeting pun still melalak. Dah kena pujuk dulu.

N kali kedua masuk dia senyap. Tapi dia main ketuk-ketuk pulak. Huhuhu... Lepas tu tertonggeng dalam tray tempat orang catering sediakan untuk letak pinggan n cawan dah guna. Adoi laaaa....

Tetiba terbau busuk. Dia tunjuk bontot dia. Sah! Berak! Huwaaaa!!!!

Lepas tu ada meeting lagi 1 kat bawah. Memang hampeh tak masuk la aku. Meeting 5S tu boleh dimaafkan lagi. Meeting kat bilik bawah tu ada bos besar. Memang tak la kan aku nak masuk bawak Amir. Sampai ke sudah aku tak masuk. Nasib baik tak ada kena mengena dengan aku.

Tu dia tengah lepak minum susu lagi tu boleh la aku nak menaip. Ni pun menaip laju-laju. Tetiba terkagum dengan diri sendiri sebab taip laju gila.

Amir... Lusa tolong la ummi ye. Dok behave elok-elok. Nanti ummi belikan mainan ye.

N aku memang terpaksa dukung Amir Intan. Sebab tak ada siapa yang boleh tolong. Balik ni nak naik tingkat 5 yang tak ada lif tu jenuh la mengendong dia. Senak perut. Kalau jadi apa-apa kat aku memang aku mengamuk kat HQ. Kalau aku saman HQ agak-agak buleh menang tak? Hahahaha!

1 comment:

PuteriKureKure said...

aku kesian gila kat ko ni yang oi. iskk..tingkat 5 tu. aku naik turun kereta dukung khalish pon tak larat. haihhh~

aku betul2 risaukan ko. amir...behave ye nak. cian ibu ngan adik tu.