SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, December 21, 2010

Semalam Ke Putrajaya Yang Jammed Teruk Gila!

Salam.

Aku update lambat hari ni. Sebab lambat masuk opis. Sakit gila belakang aku ni haa... Macam nak patah je rasa. Kekurangan kalsium kah???

Semalam memang tak masuk opis la aku. Ke Putrajaya. Tapi tak dapat jumpa KP. Jalan jammed gila babeng.

Aku sampai kat Putrajaya dah 7.40. Tapi masuk je susur ke kompleks kerajaan dari presinct 9 tu tetiba terus tak gerak. Ingatkan kejap je tapi sampai 8.30 aku tercatuk lagi kat tempat sama. Dah berbulu je aku. Apehal pulak la ni kan. Selalu tak jammed teruk macam tu.

Rupa-rupanya diorang tengah buat testing untuk jalan bas dengan teksi. $@#()*&$()!!!! Boleh tak korang nak buat testing tu hari lain. Sebab benda alah tu la aku terlepas nak jumpa KP.

Tapi kalau jumpa pun tak ada perubahan kot. Sebab KP jenis tak bertolak ansur. Strict gila! Orang dah bermasalah macam ni pun tak nak bagi tukar. Nak suruh tunggu naik pangkat.

Officer yang handle kes aku tu pun dah kata macam tu. Sebab pagi tu dia dah jumpa dengan KP cerita pasal apa problem aku semua. Macam tu baik ko tak payah suruh aku datang kalau setakat nak bagitau nak tunggu naik pangkat yang lagi 2-3 tahun kalau ye la dapat naik pangkat tu.

Paling awal pun dia kata aku kena tunggu orang lain naik pangkat yang maybe... MAYBE ye... bulan 6 baru akan ada kekosongan. Bagus la tu. Masa tu perut aku pun dah nak meletup. Itu pun MAYBE saje. Tak janji pun. Memang sadis la.

So, apa lagi alternatif yang ada untuk aku? Tukar suka sama suka? Pun tak ada orang yang nak. Sebab semua pun takut dengan KP.

Jadi hanya berdoa lah dengan sepenuh hati agar KP mendapat 'wahyu' untuk bagi aku tukar bak kata officer yang handle kes aku tu. Apa pun dia kata kes aku jadi 1st priority. Bila ada kosong je nama aku la 1st naik.


Hmmmm.....


Aku dah tak tau nak kata apa.



1 comment:

mrzn said...

Mudah-mudahan berkat rezeki Amir & bakal Adik..