SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, December 8, 2010

Boring... Boring....

Salam

Aku dah jadi tarzan sepanjang hari ni. Tu belum tengahari. Tengahari aku bertukar jadi incredible hulk kaler oren.

Amir anak bertuah ni. Langsung tak nak berenggang dengan ummi dia. Melekat celah bontot la. Kejap lagi cara-cara kalau boleh masuk balik dalam perut ummi dia mau dia buat. Hahaha!

Tu tengah sibuk main breakfast cereal yang MILO bulat-bulat tu. Abes disepah 1 bilik ummi. Huhuhuhu....

Bila ummi dah jerit baru dia kemas balik.

Semalam sehari suntuk kitorang berjalan. Asalnya nak pi cari madu nak bagi kat Amir. Sebab hingus still meleleh n batuk bunyi macam berkahak. Time tido pun kalau pegang dada dia macam ada vibrate kahak tu. Eh, tak reti la aku nak explain.

Tapi daripada asal nak cari madu dah tersesat ke Putrajaya. Muahahaha! Adik aku mintak tunjuk jalan sebab hari ni dia nak kena bagi talk kat Kementerian Pelajaran. Lepas tunjuk jalan terus je mendarat kat Alamanda. Hahaha!

Kat Alamanda tu pun saje je nak berjalan. Ramai sungguh umat manusia. Terjumpa pulak orang yang kenal. Tapi tegur-tegur gitu je la. Dengan aku yang selekeh gila. Huhuhu... So, tak ada rasa nak berborak lama-lama ok.


Balik dari Alamanda menyinggah pulak Giant Sec 13. Cari madu. Tapi tu pun dok tawaf dulu dalam Giant tu. Apa yang aku cari aku pun tak tau.


Balik rumah terus pengsan.


Hari ni ikutkan macam malas je nak pi keja. Tapi pi la jugak. Aku ni kan orang penting. Karang orang cari susah pulak. Hahaha!


Entry yang sangat boring la kan. Macam mana boringnya aku macam tu la jugak entry aku. Ok la. Nak buat keja. Ni nak berak pun tertahan-tahan sebab Amir tak nak kat orang lain. Takkan aku nak angkut dia masuk jamban hirup udara dalam tu pulak.



1 comment:

Cz Aina said...

huhuhuhuhu..
akak sy letak ank die dlm walker dpn toilet..
hahaahhaahha....
xboleh blah...