SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, December 2, 2010

Nangis Tersedu-sedu

Salam.

Patutnya hari ni aku ke HQ lagi. Sebab lab tu sampai Jumaat. Tetiba aku dapat 2 sms dari 2 orang staf aku. Sorang tu MC. Sorang lagi mak masuk wad.

Orang yang boleh drive kereta opis untuk bawak bebudak yang lain ke HQ untuk lab just staf aku yang MC.

Dan akhirnya tersadai la aku kat opis. Sebab banyak benda kat opis lagi nak kena settle. Maknanya sorang pun staf aku tak pi lab kat HQ hari ni.

Takkan aku nak marah pulak. Dah sakit kan. Aku pun kalau sakit tak boleh nak buat apa.

Semalam aku pi HQ ingat nak pi sekali jumpa kaunselor kat JPA. Kebetulan masa aku tengah tunggu nak amik borang pengesahan perkhidmatan ada la sorang pegawai dari JPA kat situ. Terus aku tanya bahagian perkhidmatan psikologi kat mana. Dia kata kat Cyberjaya. N tanya apesal aku tanya.

Aku jawab la aku nak jumpa kaunselor. Sebab aku rasa aku dah tak larat sangat nak handle problem aku yang tak dapat tukar ni. Semua orang buat tak tau je.

Pegawai tu kata dia boleh mintak tolong kawan dia. But aku kena tunggu sebab dia nak kena jumpa pengarah bahagian admin HQ kitorang. Aku pun tunggu la.

Sengal bontot la jugak aku tunggu. N lepas dia dah keluar tu dia kata pengarah tu nak jumpa aku. Sebab dia bagitau kat pengarah tu aku dok nak jumpa kaunselor.

Dah tak sempat masuk bilik pengarah air mata aku dah turun macam air terjun. Sangat sedih ye. Tak sempat cerita apa-apa dah nangis dulu. Pengarah tu baik la. N dia janji dia akan cuba tolong aku sebab aku ni just pegawai yang dipinjamkan ke jabatan diorang n aku adelah pegawai closed service. Susah sikit la dia nak tolong sebab kena deal dengan HQ aku pulak.

Tak tau la macam mana. Tapi aku serius dah tak tahan. Ko bayangkan tahap tak tahan aku tu sampaikan belum masuk bilik pengarah aku dah tersedu-sedu.

Kalau tak dapat pindah memang aku terus adu ke JPA. Aku sabar je tapi diorang ni langsung tak amik kisah. Bila aku dah sibuk nak jumpa kaunselor takut pulak jadi isu kat sana kan.

Hope bila dah ada pengarah kat admin HQ tau problem aku ni boleh la tolong aku sebelum aku jadi gila kat sini.

2 comments:

Intan and The Boys said...

serius beb. tekanan ko dah melampau sangat2 ni.

aku doakan ko mampu lagi bertahan. kalau aku pon, susah nak bersabar dgn situasi camni.

@e_da said...

kesian amiys.. mmg dah tak leh tahan dan di bendung lg dah tu... mmg kena buat sesuatu.. kita ada kuarga kita juga perlukan masa depan.. diorang tu kena la timbang rasa kan...