SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, December 3, 2010

Evening Sickness

Salam

Aku pi HQ jap kot hari ni. Nak hantar borang pengesahan perkhidmatan aku yang anak tiri ni. Dah 3 tahun keja diorang boleh buat tak tau je. Bila aku call tanya kata nanti call balik la. Orang tu cuti la. Last-last bila aku dah terpacak kat HQ tu baru reti nak check file aku. Tengok ada lagi borang yang diorang patut bagi aku isi tapi tak ada.

Kalau aku tak tanya sampai mati aku keja pun tak sah dalam perkhidmatan lagi. Berbulu betul.

Untuk second pregnancy ni aku still belum ada alahan yang teruk. Macam Amir dulu dia baru 3 minggu aku dah tak lalu makan. Lepas je tau aku pregnantkan Amir terus loya-loya n muntah-muntah. Bau apa pun tak boleh.

Adik dia ni pulak aku makan siap bertambah. Tapi pagi tadi macam dah nampak tanda nak meloya tu. Sebab aku macam nak muntah dalam toilet.

Yang ada pun start aje petang aku pening. Orang morning sickness aku evening sickness. Hahaha!

Maybe dia faham yang ummi dia tengah sedih n dia pun tak nak susahkan ummi sangat kot.

N kan ada entry yang aku kata aku sakit perut yang macam nak memerut tapi tak keluar apa tu kan. Bersungguh ko aku sapu pati halia extra hot masa aku sakit tu. Nasib baik la tak jadi apa. Dengan aku pakai waist trimmernya konon-konon nak slimkan badan kan. Rupanya time tu dah preggy. Huhuhu...

Mungkin sebab lemak tebal kat perut ni tu yang tak jadi apa-apa tu.

Ok la. Aku nak ke HQ. Tengahari aku nak balik. Nak cari barang Amir sebab next week Amir nak dok dengan ummi seminggu. Yeayyyy!!! :):):)

2 comments:

PuteriKureKure said...

wah. amir stay sana seminggu? bestnyaa...

ko take care ye.

anyss said...

Salam,
Tahniah. jaga kesihatan ya...

Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia