SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, December 16, 2010

Cerita Ceriti

Nampaknya tahap kemabukan aku ni dah macam pasaran saham dunia. Kejap naik kejap turun. Huhuhu...

Hari ni adelah naik ye. Sebab dari pagi tadi aku rasa loya. Pening-pening. Tak larat nak buat keja. Errr.... Boleh tak mintak excuse balik rumah n tido. Hahaha!


Semalam tak ada pulak rasa pelik-pelik. Just pening sikit je la kot. Malam tu aku boleh makan nasi 1 polisterine penuh dan abes ye. Sila kagum. Kalau tak nak makan suku pinggan nasik pun makan tahun.

Tapi lauk mesti la yang pedas. Tak tau kenapa kali ni aku suka makan pedas-pedas. Lagi pedas lagi masyuk kot.

Hari ni jugak officer kecik tak ikut mai opis. Adik aku cuti so mintak tolong dia jaga itu budak bertuah. Eh, Amir sekarang dah tak takut ok dengan orang dalam opis ni compared masa aku mula-mula bawak hari tu.


Sekarang dia selamba je pi cubicle orang lain n mengenden apa yang orang makan. Kejap karang aku tengok dia kunyah rempeyek. Kejap karang aku tengok dia kunyah kuih apam. Kejap lagi kunyah coklat. Kejap lagi kunyah biskut. Haiyoooo....

Lepas tu sangat suka tengok awek cun. Apekah??? Kalau ada awek cun hulur tangan ajak jalan dia ikut je ye. Motif???


Jadi aku rasa minggu depan nak mintak tolong akak rumah bawah tolong jaga dia. Ye la, karang aku tengah buat keja dok la tercari-cari mana anak bertuah tu. Tau-tau dah ada kat receptionist. Itu takpe la lagi. Karang tetiba dia masuk bilik bos? Haru ok.

Ok la. Aku nak kena pi somewhere else. Ada keja sikit. Lepas tu aku nak mencari sesuatu yang masam. Sebab tekak adelah sangat menyeksakan hari ni.


Tata~~

No comments: