Salam Sabtu.
Terkejut tengok aku update hari Sabtu? Dan cuba la teka aku kat mana?
Yeahhhhh... Aku kat opis. Hukhukhuk... Sakit hati kan weekend kat opis. Semata-mata kena siapkan paperwork macam 'TOOOOT'!
Angkut sekali la anak bertuah aku tu. Siapa pulak nak tolong jaga. Cik Alid dengan Cik Ita dia nak pi tengok Hantu Kak Limah. Aku nak masuk panggung memang tak ada harapan la semenjak dah beranak kecik ni. Tak sempat tengok intro karang dia dah meraung dalam tu. Mau kena jegil dengan orang lain.
Lepas tu nak kena siapkan 5S. Bilik aku agak huru hara time ada officer kecik a.k.a assistant setia ni. Karang makan biskut diramas bagi hancur lepas tu disepah atas lantai. Oh... Sadis...
Petang semalam aku jumpa timbalan. N dia kata aku tak rancang nak amik cuti panjang. Adekah??? Aku dah rancang lama dah. Tapi sebab bos kecik last week seminggu tak masuk opis so macam mana aku nak hantar borang.
Lepas tu timbalan pulak baru semalam dia ada kat opis. So, borang cuti aku tu hanging kat bilik dia la. Cuba tengok tarikh sikit kat borang cuti aku tu. Bukan sehari sebelum cuti aku apply tau.
Dan jugak disebabkan tetiba naik keja urgent iaitu paperwork yang HQ bagi sebab diorang yang nak abeskan bajet n cuti-cuti Malaysia hari Selasa depan aku terpaksa la menukar cuti aku ke tarikh yang lain. Padahal aku ni dah semput dah.
Pulak tu timbalan suruh aku tunjuk muka hari Isnin time bos masuk opis lepas cuti. Oooo... Bos cuti seminggu tak apa pulak. Ni aku nak cuti seminggu kena tunjuk muka dulu depan dia. Apekah????
Pelik-pelik kan. Dah la aku ni anak tiri kat sini. Apa je yang aku buat nampak je salah. Padahal orang lain buat tak nampak pun. Kecik hati aku. Sampai aku MC pun tak caya. Siap nak check pulak lagi MC aku tu. Macam la selalu aku amik MC.
Ok la. Panjang pulak bebel ketidakpuasan hati. Baik aku siapkan keja cepat. Aku dah malas nak hadap dah benda-benda alah ni.
Daaaa~~
No comments:
Post a Comment