SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, December 14, 2010

Morning Sickness Yang Sangat Teruk

Salam...

Semalam aku tak update langsung. Nak tau kenapa?

Yeee... Aku telah mengalami morning sickness yang sangat teruk. Semalam aku EL je. Nak pi klinik amik MC pun tak larat.

Dari pagi sampai petang memang lembik gila la badan aku. Nak makan semua tak lalu. Tengok nasik pun rasa kembang tekak. Bangun je nampak hitam je. Badan pun rasa melayang-layang.

Dengan melayan anak teruna yang lasak. Hukhukhuk... Tetiba teringat laki aku. Kalau dia ada dekat dengan aku ok la sikit boleh tengok-tengokkan Amir.

Dah malam baru aku ok sikit. Baru boleh sumbat sikit nasik itu pun nak makan dengan ikan goreng je.

Sekarang pun tengah menahan rasa nak muntah. Tapi gagahkan jugak la datang keja. Karang aku tak datang ada la kat opis tu bertukar kaler ke hijau kan.

Ni nasib baik la si Amir pandai dah bawak diri kat opis ni. Tak ada la penat sangat ummi. Behave ye Amir.



1 comment:

PuteriKureKure said...

take care ye yang. aku risau tgk ko ni. haihhh~