SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, December 6, 2010

Sakit Perut Nyut Nyut Nyut

Salam

Sosak napas den. Huhuhu...

Sebab budak bertuah Amir ni la. Sampai kat KL Sentral pagi tadi keja nak berkendong. Kena pulak hari ni eskalator kat KL Sentral semua macam musibat. Tak function okeh. Hari tak function sedunia ke hape?! Dah la tinggi. Dengan bawak 2 bijik beg n sorang budak berat 10kg. Sakit perut aku.

Sekarang dia tengah dok baring atas kerusi minum susu. Kejap lagi aku ada meeting. Lagi la pening kepala aku. Amir ni dengan orang tak kenal dia tak nak. Huhuhu... Sikit-sikit karang bergantung kat kaki ummi. Takkan la aku nak bawak dia masuk bilik meeting pulak.

Ada bos buat jelingan manja kat aku.

Mintak la dia tido lepas minum susu ni dengan suasana opis yang sejuk ala-ala ni kan. Fuh... Fuh...

Tapi macam tak ada gaya pun. Huwaaa!!!

Perut aku ni pulak dari tadi sakit denyut-denyut. Adekah sebab bawak barang berat n dukung Amir?



1 comment:

PuteriKureKure said...

babe, awal2 pregnancy ni please elakkan kendong amir eh. amir dah kategori barangan berat tu.

kalau masih saket lagi perut tu please pi wat check up? risau ni...