Assalamualaikum
Aku mengantuk. Macam tak cukup tido je. Padahal semalam sebelum pukul 9 aku dah selamat belayar dah. Amir dok berjoget apa celup apa celup kat depan Tok dia pun aku tak dengar dah.
Amir dah sihat. Hari Jumaat kan aku pi keja jugak. Sebab Khamis yang aku half day, petang tu dia dah boleh makan. So, aku assume Jumaat tu dia dah boleh makan macam biasa la.
Rupanya tak ye. Toksu cakap dia minum milo je. Susu pun tak nak. Malam tu macam-macam la aku umpan dia suruh makan. Idok le dia mau. Aku tengah buatkan susu pun dia pi dapur nangis-nangis pi tolak botol tu. Nasib tak terbalik. m(><)m Heee.... Geram je aku tapi sabor je la budak dah sakit kan.
Time dia tido je aku sumbat mulut dia dengan susu. Ehhhhh.... Boleh pulak minum. Tak pulak rasa sakit. Disebabkan dia tak makan langsung siang tu aku ulang buat susu 3 kali. Dah la abah dia tak ada. Ke Johor. Sabtu baru balik. Maka aku la terkontang kanting melayan kerenah si Amir.
Hari Sabtu still tak nak makan. Belikan nasi lemak lauk sosej pun tak sentuh. Menangis tunjuk mulut. Lagi parah bercakap pun tak nak. Hmmm... Hmmm... Hmmmm... Itu je la bunyi kalau aku tanya. Pening terus kepala ummi ni. ⊙_☉
Tengahari tu adik n kakak ipar aku datang rumah. Amir takut sikit dengan adik ipar aku. Disuruh minum abes sebotol susu. Lepas tu adik ipar aku suap nasik abes sepinggan. Hooooo.... Lega sungguh kepala otak ummi dia. Siap boleh bergelak ketawa n bercakap tak berenti. Dah ok la tu.
So, lepas sepupu dia balik aku tidokan la Amir. Bangun tido boleh dia start tak bercakap balik. Tak faham sungguh aku.
Esoknya hari Ahad pun dia tak nak makan. Susu semua still tak nak minum. Jenuh aku memikior apa la nak buat dengan budak sorang ni. Abah dia balik pun dia buat tak bercakap.
Tengahari tu lepas aku masak nasi aku masak pulak spageti. Aku yang nak makan sebenarnya. Hahaha! Tapi Amir pun suka jugak. Buat la spageti carbonara. Kuah yang pantas lagi senang dah tentu la kuah dalam tin kan. Try ni nak tengok Amir nak makan ke tak.
Huaaaaaa!!!! Abes sepinggan spageti. Terus mulut macam bertih kena goreng. Pokpek tak berenti. Tetiba pulak ajak abah pi cari baju Boboiboy dengan Ben10. Hahahahaha!
(─‿‿─)
Macam-macam kerenah si Amir sekarang ni. Rasanya nak tarik perhatian la tu. Almaklum la, semenjak ada adik ni dia rasa macam tak ada orang kisah kot.
Balik ni mesti Amir tak berenti dok cerita dia buat apa kat rumah Toksu.
No comments:
Post a Comment