SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, May 9, 2012

Hana 9 Months

Assalamualaikum


Baru lepas chair 2 meeting pagi ni. Berbuih dah mulut aku. Itu pun aku kasi settle cepat-cepat. Koser sangat aku nak mengabeskan masa untuk meeting yang meleweh-leweh. Penat woi bercakap ni. Macam nak luruh rahang aku.


This month n next month tahap kebizian aku sangat la melampaui batasan kemanusiaan. Ecewah... Over sangat perumpamaan tu. Tapi memang aku bz pun.


Disebabkan banyak keja maka bila balik je lepas mandi n makan aku terus pengsan. Hana tak nak tido pun aku paksa jugak dia kasi tido. Dah la sekarang dia menetek posisi melampau-lampau. Kejap tertonggeng. Kejap lagi naik atas badan. Kejap lagi terpusing-pusing. Amir takpe abah dia ada.


Oh, Hana sudah 9 bulan. Budak bertuah ini sangat la lasak. Tak nak dah orang dukung ni. Nak bebas kat lantai saje. Nampak abang n kakak sepupu dia sat lagi dia follow. Nampak Abang Amir main dalam bilik Tok pun dia follow. Apa Abang main itu yang dia nak.


Gigi sudah tumbuh sebatang. Cepat Hana ni tumbuh gigi. Amir dulu ngam setahun baru tumbuh. Lepas tu kalau geram pi gigit bahu aku. Sat lagi jangan dia time menenen tu dok gigit sudah le. Memang auto je tangan aku melayang karang.


Dah perasan nak bangun berdiri. Padahal berdiri dok pegang tepi-tepi kerusi lagi. Lepas tu kasi lepas tangan. Bedebub jatuh melalak.


Suka bergelak ketawa jugak. Orang lain gelak dia pun masuk korum.




Ok, sila telengkan kepala tengok gambar ni. Aku dah crop n betulkan tapi bila masuk sini jadi cenggini pulak.


Next week aku kursus seminggu macam mana la Hana nak tido. Tak sampai hati aku nak fikir. T____T





No comments: