Assalamualaikum
Aku kat opis. Buat keja la. Bukan membuta. Tapi mata dah mengantuk yang amat.
Ni la problem aku sekarang. Kuat benau mengantuknya. Tension tau sikit-sikit menguap. Dalam meeting jangan cerita la. Menguap memanjang. Bos pun sampai jelingan manja dah kat aku ni.
Tu tak apa lagi sebab tak bergerak kan. Ni time drive ok aku ngantuk gila babeng. Macam dah tak boleh ampun dah dia punya ngantuk tu. Nak kata tak cukup tido selalu aku memang tido awal la. Pukul 9 lebih je dah selamat belayar. Letak kepala kat bantal terus tertido tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Hana nak tunggang terbalik pun lantak kau la nak oiii....
Sangat merbahaya tau drive pastu mengantuk. Macam jumaat lepas aku kena pi opis lepas balik dari kursus hari Khamis tu. Nyaris sangat aku nak menyondol bontot lori. Dengan mata aku cuba bukak luas-luas. Tak jalan jugak.
Dengar radio sekuat hati pun macam tak ada effect je. Aku nyanyi sorang-sorang pun aku still ngantuk. Minum air pun sama je.
Macam mana la aku nak menyetelkan problem mengantuk ni. Karang orang tido atas katil kat rumah aku tido atas katil hospital pulak.
Tension!
No comments:
Post a Comment