SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, May 3, 2012

Melampau Bz

Assalamualaikum


Taip selaju kepala keretapi ETS. Ada meeting sat lagi.


Banyak gambar nak up kan tapi semedang la aku ada meeting. Isnin yang patut aku cuti aku datang opis semata-mata sebab meeting yang kesudahannya kalau aku tak datang pun tak apa. Serius aku adelah amat hangin. Aku datang pun sebab SMS menikam kalbu oleh bos. Sangat sarkastik. Nak je aku reveal tapi karang tetiba ada orang mengadu pulak kan. Hahaha! Takpe, nanti aku story mori.


Semalam lagi la. Ada meeting. Ingat separuh hari je. Drag sampai ke petang oke. Dari pukul 8.30 pagi start meeting n abes pukul 4.45 petang. Aku sampai tersengguk-sengguk dalam bilik meeting tu. Kalau orang cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku ni hape pun tak masuk telinga dah.


Bila dah terlampau banyak meeting so keja tak bersettle la. Ayat bos aku, pandai-pandai la cari masa buat keja. Ada rasa nak lempang orang tak? Kuasa sangat aku nak bawak keja balik rumah. Kalau bos tanya aku cakap je tak sempat. Balik rumah adelah masa untuk 2 orang budak comel yang menggeramkan.


Oh, laki aku takde kat rumah. Malam tadi ke Johor pulak. Sabtu baru balik. Keja punya pasal. Aku cakap sampai bersembur ayaq liuq pun tak ada gunanya.


Amir pulak dalam mulut dia pecah-pecah. Lelangit sampai ke lidah la pecah. So, susah nak makan. Makan sikit sakit. Minum susu sakit. Tapi sedut air ais laju pulak ye.


Ok, aku nak blah ke bilik meeting. Masuk lambat kena duduk depan. Tak nak aku. Hahaha! Oke, bahbai!



No comments: