Cuti dah lama. Bila nak start keja mula la kemalasan tanpa batasan. Huhuhu... Dah banyak benda nak setel sebelum pi Kota Bharu ni. Jumaat ni pi Kelantan. Bukan makan angin. Buat keja ok. Ada taklimat. Kali ni tak bawak anak-anak pasal bilik twin sharing. Nak bayar sendiri memang lemau la tengah-tengah bulan ni. So, anak-anak tinggal dengan abah ye.
Ni pun tengah pening lalat. Aku rasa hormon aku tak stabil ok. Jerawat ni besor-besor naik kat pipi. Perut pun rasa sakit macam ala-ala senggugut je. Tension sangat tengok jerawat bermaharajalela. Nak cover pakai apa pun tak boleh.
Cuti panjang aku bersidai kat rumah je la. Laki aku keja jadual tunggang terbalik. Ada la petang kelmarin bawak budak-budak tu pi tepi laut kejap. Kejap memang betul-betul sekejap. Ramai sangat makhluk kat tepi pantai Robina ke hapa nama tu. Mat-mat motor jangan cakap la. Bersepah di mana-mana. Konvoi ramai-ramai.
Aku pulak macam seriau tengok mat motor ramai macam tu. Budak-budak muda. Siap merempit buat wheelie segala. Kepala otak mula la pikir yang bukan-bukan. Aku kalau bab berfikiran yang pelik-pelik ni memang juara. Hahaha!
Ajak la budak-budak tu balik. Amir memang bising la. Apesal kejap sangat kata dia. Dia bosan dok rumah la tu. Kecik-kecik hang dah pandai bosan ye. Ummi hang ni dulu nak keluar sebulan sekali pun belum tentu.
Ok la, meh tengok pic 2 orang budak ni. background sampah tu harap diampun. Hahahaha!
Ini budak suruh tengok depan tapi dia tengok abah dia. Aku seriau dia tergolek je. Amir enterframe kat belakang.
Amir bila ummi suruh senyum. Hahaha! Dah besar anak aku.
Tu je la pun. Bosan kan. Hahaha!
No comments:
Post a Comment