SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, February 6, 2013

Nostalgia Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum

Dah petang baru nak update. Bz sangat ok. Sampai nak bernafas pun macam curi-curi je. Ate gile begitu. Ni pun keja tak siap lagi sebenarnya tapi aku dah tensi. Tensi!!!

Pagi tadi pi lunch. Eh, aku memang lunch pukul 10-11 gitu. Lunch hour aku buat keja. Kalau takde keja aku tido. Kira breakfast terus lunch. Brunch la istilahnya kot. Tapi pagi pukul 8 tu ada la makan kuih. Buat alas perut. Kalau tak makan kuih tu ada karang aku makan nasik tu penuh sepinggan. No.. No.. No.. Kurangkan makan nasi ok.

Tengah makan-makan tu ada la 2 orang budak duduk meja depan aku. Dah amik nasik n baru nak mula makan. 2 beradik kot. Yang kakak area umur 10 tahun gitu. Adik 8 tahun kot.

Tengok diorang amik nasik sendiri-sendiri. Pilih lauk pun sendiri jugak. Terusssss aku teringat time aku kecik-kecik. Zassss flashback time tengah makan. Hahaha! Ntah apa-apa.

Kitorang kan 8 beradik. Masa aku baya-baya budak-budak tu baru 6 beradik la. Kalau abah bawak 1 family keluar n time makan mesti kitorang akan pi 1 kedai makan ni. Memang kalau keluar kedai makan tu je la yang abah bawak.

Lepas tu abah akan suruh kitorang duduk n dia order nasi sorang sepinggan. Abah akan pilih lauk n letak lauk tu tengah-tengah meja. Nak makan amik la sorang sikit. Ayam goreng dalam 2-3 ketul je. Cebis-cebis la kamu makan asal merasa makan ayam goreng. Lauk lain pun macam tu la jugak kekdahnya. Memang tak pernah la dapat sorang seketul ayam kalau pi makan kat luar ni.

Nostalgia sangat teringat zaman kecik-kecik. Makan tu tak adanya nak pilih sendiri. Kongsi-kongsi. Sebab abah dulu keja gaji kecik je. Anak-anak pulak berderet. Sekali sekala bawak la jugak kitorang ni jalan-jalan kat bandar Kluang tu. Tu pun kalau pi klinik la selalunya. Kat tengah-tengah bandar tu ada taman yang kitorang panggil fountain sebab ada air pancut n taman mainan. Aku pun dah tak tau macam mana rupa bandar Kluang sekarang. Lama sangat tak menjenguk since pindah masa form 3.

Kalau diingatkan syukur la abah ajar berkongsi-kongsi ni. Ajar macam mana kesusahan tu. Abah sendiri pun kalau kitorang makan dia tak makan pun. Dia tunggu kitorang dah selesai makan baru la dia makan apa yang kitorang tak habis. Sedih la pulok. 

T___________T

KFC pun susah sangat nak merasa. Setahun sekali belum tentu aku rasa. Sekarang hari-hari nak bedal KFC sampai muak pun boleh. Anak-anak aku sekarang nak makan apa terus aku beli kalau time tu aku dah ada dekat kedai. Senangnya anak-anak zaman sekarang. Kecik-kecik dah kenal spageti la, mcD la. Nak makan spageti request aje aku buatkan. Aku dulu bihun 20 sen pun sampai bercekau dengan kakak aku pasal tak ada duit nak beli.

*lap air mata*

Hmmm.. Ok la. Aku nak sambung keja. Banyak keja aku nak siapkan lagi ni. Bos tadi nampak muka aku masa dalam lif ntah apa lagi dia nak mintak. Huhu...

Mode insaf sekejap.


2 comments:

Azlina bt. Azis said...

untung gak tu. masa kecik saya tak pernah pi kedai makan huhu

aMiYs said...

Azlina - pi keluar setahun tu 2-3 kali je.. hehe..