Assalamualaikum
Hari ni hari last aku kursus. Petang ni balik.
Esok nak masuk opis tapi aku macam dah patah hati sangat. Aku sebenarnya tak nak pi kursus ni. Sebab aku bz n banyak keja nak kena siapkan pasal seminar. Seminar adalah next week hari Rabu. Dengan masa yang suntuk putuskan nak buat seminar. So, aku dah siapkan apa yang terdaya n hantar untuk semak pada bos. Kebetulan hari aku pi kursus petang tu ada meeting bincang pasal persiapan seminar.
Aku dah hantar n proceed segala yang AJK aku patut buat sebelum aku pi kursus lagi. Pamplet aku buat sebab tak ada yang mahir guna publisher. Aku pun tak la mahir mana tapi setelah digodek sana sini memang la jadi. So, pamplet tu aku emel untuk semak minggu sebelum aku pi kursus.
Tapi pengarah n timbalan tolak ke KPP. KPP tu ketua penolong pengarah. Pagi sebelum aku ke kursus aku yang terpaksa tanya KPP dia dah semak belum n aku pasti belum pun. Dia siap tanya bila pulak hantar. Tak apa lagi la macam tu. Dia semak-semak n aku betulkan mana yang patut.
Tiba-tiba pengarah panggil n suruh aku tukar data dalam pamplet. Aku sebelum ni dah cari data berkaitan Penang tapi disebabkan banyak benda aku nak kena buat n aku dah terlepas pandang. So tengahari sebelum aku pi pengarah bagi jadual baru n mintak aku ubah lagi key indicator tu. Aku betulkan dekat tempat kursus aku ni sebelum hantar lagi untuk semak. Pengarah yang mintak aku betulkan tapi dia emel aku pagi Selasa suruh KPP semak. Ok, tak apa. Aku hantar. The rest aku dah bagitau kat staf aku yang ganti aku masuk meeting.
Rupanya dalam meeting Isnin petang tu aku dah pun dibantai tanpa aku ada dalam meeting. Dia kata aku pi kursus tak bagitau dia. Main blah macam tu aje. Padahal kursus tu aku mohon dia yang kena luluskan. Institut hantar emel pada dia suruh hantar pegawai dia cadangkan nama aku. Ada lagi aku simpan emel tu. Emel pemberitahuan dari institut aku kena hadir kursus dihantar pada peserta n semua pengarah. Lagi sekali dia forward emel tu pada aku. Macam mana dia boleh kata dia tak tau aku pi kursus n aku tak bagitau dia?
Pasal data pamplet dia cakap dalam meeting data macam tu pun aku boleh tak jumpa. Aku dah bagitau dia sebelum tu aku dah tanya dekat HQ, aku dah tanya library. Banyak data aku nak kena tengok, banyak buku aku kena refer. Data berbeza-beza. Tak mustahil dengan banyak data tu aku terlepas pandang. Aku pun tak arif pasal data yang nak dicari sebab aku bukan bahagian tu. Maka harus ke dia perkecilkan aku dalam meeting yang aku tak ada n tak boleh nak bela diri. Depan aku sikit tak menguit. Belakang aku macam-macam aku kena hentam.
Pasal thumb drive. Sebelum ni kecoh kata nak guna thumb drive as souvenir pada tetamu seminar. Tak nak guna CD. Takde kelas kekdahnya. Mula-mula AJK lain yang kena cari. Lepas tu memandangkan aku yang AJK cenderahati maka aku yang cari. Aku cari 2 sebut harga. Dah bentang dalam meeting siap dengan gambar thumb drive. Masa tu pengarah tak ada n timbalan yang chair meeting. Timbalan kata proceed. So, aku proceed. Time aku pi kursus aku dah serah semua pada kewangan untuk buat LO. Dengan quotation segala.
Lagi sekali dalam meeting yang aku tak ada dia hentam aku. Kata apesal dia tak tau pasal thumb drive tu. Pung pang pung pang semua dalam meeting pun tak cakap apa-apa. Senyap. Padahal benda tu dah setuju dalam meeting sebelum tu yang dia tak masuk. Salah aku pulak ke kalau dah suruh proceed. Aku proceed je la macam disuruh. Sebelum pi kursus pun aku dah bagitau timbalan. Aku balik dari kursus n masuk opis hari Jumaat boleh dapat thumb drive. Tup tup cancel guna thumb drive n guna CD. Suruh orang lain burn CD. Murah pun murah katanya. Nice.....
Nampak macam aku ni apa pun tak buat. Tak boleh diharap buat keja. Pamplet yang aku buat suruh orang lain ubah lagi data. Nak tambah itu ini.
Kalau macam tu balik ni aku letak je jawatan as AJK. Sila cari orang lain. And aku nak lepaskan semua yang aku pegang dalam opis tu. Sila cari orang lain yang boleh diharap dan lagi berkaliber. Sebab aku ni apa pun tak boleh buat kan.
Baik aku fokus keja kat bahagian aku je.
Betul la orang kata. Sekali kita tak dapat puaskan hati orang habis semua kebaikan kita selama ni hilang dari fikiran. Nampak yang buruk je.
No comments:
Post a Comment