SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, May 22, 2014

Side Income Baru - Chocoletto

Hari ni gomen dah gaji. Gaji aku pun dah langsai bayar segala hutang piutang. Yang tinggal ada la sikit nak tukar tayar kereta abah aku n lain-lain buat belanja. Kena jimat cermat la ahkak. Dah nak start puasa n raya pulak. Kuih raya pun dah tempah. Amboihhhh... Puasa pun belum kuih raya dah tempah 2-3 balang kan.

Bonus raya macam tak ada je tahun ni. Ye la, macam-macam dah jadi kan. So, beban hutang negara tu aku rasa mencanak naik jugak la. So, buat la saving sikit-sikit untuk duit raya anak buah, adik beradik, sepupu sepapat nanti.

Aku jual coklat sekarang. Bukan la coklat seketui tu. Tapi bertih beras salut coklat dalam jar. Boleh la nak tambah income sikit-sikit. Nama coklat tu chocoletto.




Aku sendiri dah lebih 5 botol ngap. Hahahaha! Sekali makan tak boleh stop ok. Boleh terus kunyah n kunyah tetiba eh... Dah abes sebotol. Kat belah bawah jar tu ada biskut coklat. Memang nak nangis ahkak makan tau.

Kalau sesiapa rasa nak beli boleh la roger-roger ye. RM10/jar. Setakat ni aku buat COD pada sesapa yang dekat-dekat kawasan aku lalu balik keja n dekat-dekat rumah. Nak pos boleh diusahakan tapi maybe lambat sikit sebab aku boleh pi pos ofis hari Jumaat saje. Pos opis jauh dari opis ahkak. Aku ni pulak staf yang sentiasa di hati bos. Selalu dicari. Kahkahkahkah! Poyonye la tuan blog ni.

HQ Chocoletto pun still cari stokis, ejen n dropship ejen. Kalau berminat nak tambah income korang boleh search FB Official page: Chocoletto Official.

Panjang lebar pulak aku membebel hari ni. Hehehe... Padahal hari ni macam tak ada mood. Tu je la aku nak taip. Sekian dari aku yang dah pening-pening lalat lepas minum kopi goji guarana.

 Hana pon sukeeee.... Peace... 



No comments: