SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, September 11, 2012

Aksi Bahaya Di Pagi Hari

Assalamualaikum

Pagi ni aku membuat kerja gila. Bawak kereta sambil pangku budak Hana. Bahaya? Memang bahaya la. Tapi no choice.

Entah apesal pagi ni Hana menghempas-hempas badan dia. Dekat carseat takmau duduk. Aku letak sebelah abang dia pun dia lentik-lentikkan badan. Mengeras badan sana sini. Aku kalau lambat sikit sangkut la dalam jammed dekat tol jambatan tu.

Maka terpaksa la aku membuat aksi ala-ala Britney Spears bawak anak sambil drive. Jangan ada orang report lak ye.

Dan nasib la Hana tak buat perangai time aku dok drive tu. Dok diam je. Aku pakai seatbelt dengan dia sekali. Lepas ni mesti dia buat perangai amukan lagi tu. Dengan abah dia boleh pulak nak dok diam-diam tau. Eeee... Kegeraman sungguh aku dengan budak bertuah sorang ni.

Amir pulak malam tadi mengadu sakit time nak kencing. Ahhh.. Sudah.... Baru-baru ni sepupu dia ada sorang bebird dok bernanah. Nyaris nak kena sunat la. Ni aku dok tilik bebird anak aku pulak. Nampak macam ada ciri-ciri nanah jugak. Nanti aku suruh Abang Misai lak tengok. Sebab aku ni kurang kefahaman sikit bab anatomi lelaki. kahkahkah! Tapi time tido elok pulak kencing sampai penuh pampers.

Ok, jom sambung keja. Aku dah la pening nak pikir pasal jamuan raya kat seksyen aku ni. Banyak nau nak pakai duit bulan ni padahal gaji belum masuk. Tekanan oke.


1 comment:

Kesuma Angsana said...

wei .. sgt2 bahaya tu! jgn buat lag len kali yek!