Assalamualaikum
Mengantuk tersangat-sangat. Apehal la hari ni over sangat mengantuk tah. Ada taklimat untuk budak-budak sambilan aku masuk kejap sepuluh kali menguap.
Ni pun hadap pc rasa nak tido lagi. Time lunch hour tadi aku dah tido dah. Memang sejam tu bantai tido. Sambung lagi 15 minit. Pun mata macam nak rabak jugak.
Semalam Abang Misai dah balik dari Melaka. Seronok la Hana nampak abah dia. Amir buat dek balik-balik capai basikal main dengan sepupu dia.
Tapi laki aku keletihan. Tido semalam pun awal gila. Aku la terkebil-kebil melayan mata tengok tv. Lepas tu aku pun tertido jugak.
Jumaat ni ada jamuan raya. Aku pikir nak masak makaroni goreng aje. Tengok la kot ada benda-benda lain aku goreng-goreng macam hot dog ke. Blur pulak otak aku nak masak apa.
Dah la weekend ni nak berkejaran ke Shah Alam. Adik aku nak bertunang. Dah dia tergedik-gedik belajar pun tak abes lagi tapi nak kawen lepas tu kepala keras macam batu degil tak nak dengar kata orang, so bagi aje la kawen kan. Tunang dulu bulan ni. Next month kot nikah. Majlis tahun depan kalau bini tak termengandung lagi.
Haih... Yang ni memang bikin orang sakit hati. Kalau dah ada duit aku tak kesah. Ko bagi duit kitorang tolong settle. Setakat ada bulu dada 2-3 helai je buat apa.
Malas aku nak bebel panjang-panjang. Dah kawen esok jangan menyusahkan mak bapak pulak nak menanggung hidup laki bini. Sendiri pikir.
Sebelum aku emosi melampau baik la aku stop takat ni dulu.
No comments:
Post a Comment