SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, February 25, 2010

Mimpi yang macam real

Pagi tadi adalah pagi ke 2 aku jadi pelarian tido dalam kereta lepas hantar adik aku naik komuter.

Dan pagi tadi jugak aku telah mengalami mimpi yang menakutkan usus perut aku time tengah tido tu.

Mimpi tu macam real ok. Ini seriusss.

Time aku lepak dalam kereta tu aku matikan enjin n bukak sikit tingkap kereta. Karang aku tido enjin dengan aircond bukak tak ke membazir minyak di samping mencemarkan alam sekitar. *eceh.. sungguh prihatin aku ni*

Aku bukak sikit aje la tingkap tu. Asal angin boleh masuk n aku boleh bernafas aje. Karang aku bukak luas-luas ada pulak kepala terjengul kat tingkap tu.

Aku mimpi handbag aku ada orang nak amik dari tingkap kereta yang aku bukak sikit tu. Eh, bukan amik la. Dia macam guna something untuk tarik wallet aku.

Aku pulak dalam mimpi tu tengah tido *tido aje la kejanya* n tersedar. Aku cuba nak bangun tapi macam badan aku cramp.

Lepas tu pulak bila dah boleh bangun aku tarik handbag aku. Tiba-tiba pulak ada tangan tarik aku dari tingkap tu.

But seriously aku rasa benda tu macam betul-betul jadi. Aku yang tengah tido ni terbangun terus cari handbag n tengok kalau ada benda yang hilang. Aku rasa macam sedar aje masa benda tu jadi.

Hishhhh...

Takut ok. Dah la aku sorang dok melepak kat situ.

Tapi nak buat macam mana. Nak balik rumah balik jauh. Huhu...

1 comment:

i'm the girL said...

ko hapdet setiap dua jam ke kak syima? hehehe