Internet adalah sangat lembap sampai aku rasa nak campak broadband aku ni masuk loji belakang rumah. Bayar bulan-bulan nak suruh cepat. Bayar lambat sikit dah kena bar. Tapi servis macam haremmm....
Aku nak buat keja pun payah. Nak bukak sistem online aku ni pun sempat aku meleleh air liur basi kejap.
Laki aku tak ada. Pi minum sambil bergosip dengan kawan-kawan. Bini balik seminggu sekali pun nak pi lepak dengan kawan jugak. *emo kejap*
Amir dah tido. Dia demam kejap siang tadi. Orang kata demam nak pandai apa-apa la tu. Kot tak pun demam nak tumbuh gigi. Jenuh jugak la melayan dia buat perangai tadi.
Malam esok dah kena balik ke Shah Alam n pagi tu terus berdesup kena pi meeting kat Sabak Bernam. *sigh*
Dengan slide nak kena tambah lagi. Sebab ahli mesyuarat mulut macam machine gun. Sebab tu la aku tak sukaaaa meeting bila ada makhluk-makhluk macam tu. Macam kan diorang aje la yang betul asek nak kena dengar cakap diorang.
Hmmm.. Amir dah 6 bulan pun aku tak dapat tukar lagi. Diorang ni tak kesian kat orang dah ada anak ke? Orang yang bujang trang tang tang tu bagi la tukar dengan aku.
Ni asal aku call tanya asek suruh tunggu sebab ramai yang queue. Bila nak tukar suka sama suka karang kata ada pulak kata alasan remeh. *nak kena hentak la kalau kata alasan family tu remeh*
Penat la.
Silap haribulan aku pengsan kat opis sebab tak cukup rehat.
No comments:
Post a Comment