SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, March 1, 2010

Kat Kuala Selangor ni

Aku dekat Kuala Selangor ni. Meeting yang boringggg...

Baru sampai dari Penang pagi tadi. Again, tren lambat. Sampai-sampai KL Sentral aje dah pukul 7. Pulak tu terus dengar announcement komuter ke Port Klang dah sampai. Mencicit la aku lari ke kaunter tiket.

Lari-lari turun tangga tu dia komuter dah ada. Lagi cargas la aku lari kejar komuter pulak. Nasib baik turun-turun mengadap kepala komuter. So drebar tren boleh la nampak aku tengah lari tersenget-senget. Kalau dia tutup pintu komuter tu confirm aku jadi naga keluar api ikut hidung ye.

Aku rasa kalau aku turun tu mengadap bontot komuter sah-sah aku dah kena tinggal.

So, pagi ni diisi dengan senaman pagi la bagi aku yang sememangnya dah berjaya menternak lemak secara berlebihan.

Dah, aku nak masuk meeting ni.

Nak masuk meeting tapi fikiran aku tak ada kat sini. Kat kampung. Amir demam. Baru dapat sms Abang Misai kejap tadi.

Isk... Isk...

Risaunya....

 

4 comments:

puterikurekure said...

ciannye...risau ok kalau anak demam2 ni. huhuhu~

i'm the girL said...

macam seronok je ko dok ulang alik kan? hehehe

Signorina Syima said...

apsal tak roger aku beb?? aku kat kuala selangor ni...

aMiYs said...

puterikurekure - yee.. sgt risau.. selang 10 minit msg hubby.. tp dia pun tgh keje gak..

ajee - seronok? hohohoh! apa kata ko try lak ulang alik. huhuhu..

syima - loh.. ye ke? eh, ko keje mana aa?