SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, March 2, 2010

Copek la maghrib.. Huhu...

Sabo.. Sabo.. lagi 2 jam lebihhhh aje nak maghrib.

Perut aku sakit gila babas dah ni. Rasa macam nak tercabut usus-usus perut segala.

Tak sahur pun pagi tadi sebab pukul 12 malam tu aku dah makan. So malas la nak makan lagi. Teguk air masak aje 2 mug. Lepas tu challo hantar adik aku ke komuter. Soya bean yang aku dah bukak pun lupa minum. Semua sebab kes jam dinding lambat. *salahkan jam*

Adik aku lepas mandi tengok jam dinding baru pukul 5. Dia pun lenggang lenggok mak limah la bersiap segala. Aku bangun aje tengok jam hp dah 5.40 pagi. Terus aku melompat dari katil. Tengok adik aku syok lagi bertowel.

Apesal minah ni relax je ni? Hmmmm...

Sekali aku tengok jam dinding baru pukul 5.15 lak. Apekah????

Aku tengok balik jam hp. Confirm 5.40 kooooo....

Bila tanya adik aku jam hp dia pukul berapa baru la terbelalak bijik mata. Dengan tergelak-gelak pakai baju segala.

Dah nak kena cari bateri jam pulak balik keja ni karang. Dengan shower gel. Masuk bilik air pagi tadi aku pam shower gel aku keluar air je. Adoi laaaa...

Ni mesti keja adik aku jugak la ni. Masukkan air dalam botol shower gel tu sebab shower gel dah abes. 

Nasib baik ada shower gel aloe vera aku tak pakai lagi. Kalau tak confirm aku mandi pakai sabun Tia Amelia. Hohohoho! Tiba-tiba 1 badan putih melepak. *berangan*

Aduuuuu... Sakitnya perutttt....

 

2 comments:

ybs said...

aMiYs,
mekasih krn menjengah blog sy....

kenapa menyampah kat ekasih tu? aMiYs ni cikgu jugak ke? hehe

Sharinginfoz said...

perut sakit tension kan....

Jom DPLI

iphone dengan Digi