SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, March 25, 2010

Ummi dah berat la

Kat kampung. Hoyeaahhh! Hoyeaahhh! Gelek-gelek bontot sikit. Muahaha!

Budak kecik Amir tengah tido. Baru lepas mengamuk gila babas sebab ummi dengan abah dia trim rambut dia kasi botak. Macam kena dera ko. Isk.. Isk... Sudahnya ada la yang tak sempat kena trim. Dah macam rambut pekan batu belah batu bertangkup la jadinya.


Dah pasti la abah dia yang pujuk. Aku blah pi mandi sebab baju n badan penuh dengan rambut Amir yang time melalak dok peluk ummi dia tak mau lepas.

Pagi tadi Abang Misai amik aku dengan motor. Hahaha! Terkejut ai tauuu. Terus tiba-tiba feeling-feeling romantik. Auuuwwww! Wakakaka!


Dah lama tak naik motor berdua. Time bertunang dulu ada la. Paling tak boleh blah ada sekali tu aku belum naik motor Abang Misai dah jalan. Aku macam pelik-pelik aje. Orang tua ni saje main-main ke apa? Sekali dah jauh tu dia patah balik sengih-sengih tengok aku.


'Abang ingat sayang dah naik. Abang jalan la. Sekali borak-borak takde respon. Tengok-tengok sayang takde. Abang tertinggal sayang rupanya.'


Apekah boleh membuat lawak begitu? Adekah aku begitu ringan sampai aku dah naik ke belum sama aje rasa dia. Huhuhu...


Tapi tadi bila aku naik lepas tu sampai 1 simpang ni dia berhenti. Bila nak jalan balik macam dah slow boleh dia cakap,


'Ummi dah berat la.'


Cis! Kecik hati aku. Aku kan bawak beg. Beg tu yang berat. *tak nak ngaku ek*


Dah la bawak motor merempit laju gila. Terlambung-lambung aku kat belakang tu. Dah rasa macam naik kuda. Segala lubang kat tengah jalan tu main taram aje.


Zaman bertunang bukan main lagi slow. Confirm orang bawak kereta kat belakang tak boleh memotong dok maki hamun,

'Oit, nak bercinta pi balik rumah la!'


Ayat aku la tu sekarang kalau drive belakang orang tengah bercinta ni. Hahaha!





1 comment:

puterikurekure said...

hahahahaha!!!
kalakar la awak ni. btw, memang beg tu yang berat. awak ringan je. hehehe~