SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, March 30, 2010

Berapa harga kalau nak tukar cermin depan MyVi?

Baru balik dari klinik. Ramai sungguh manusia... Aku sampai menguap-nguap la tunggu turn.

Sampai pukul 8.30 lepas tu jumpa doktor pukul 10. Dekat 2 jam la tercangak-cangak. Sekali bila dah jumpa result darah aku tak keluar lagi. Cis!

Kalau aku tau lagi sebulan baru aku datang. Ntah apa-apa.

Doktor kata 1 result dah keluar. Tunggu 1 result je lagi. Aisey, itu aku dah tangguh tak datang klinik dekat 2 bulan. Still tak keluar result lagi ke?

Penat ok tunggu. Plus keja aku berlambak nak kena siapkan. Dengan sekarang ni sibuk pulak nak election. Lagi la semua keja nak ekspress semedang. Nak menang kawasan harus la amik hati kan.

Eh... Tak boleh cakap lebih-lebih. Tukar topik.

Aku nak tanya. Siapa tau rate kalau nak tukar cermin depan MyVi? Cermin double layer? Sebab aku dok tanya kat orang opis ni. Ada kata RM300. Ada kata RM500. Kat kedai aku belum survey lagi. Tak ada masa nak tawaf kedai sekarang.

At least kalau korang tau boleh la aku budget around berapa harga cermin tu. Maka boleh la aku target berapa lama aku boleh makan nasi lepas tu sambung makan megi pulak. Huhuhu...

7 comments:

Mama Hanim said...

rm300 double layer.. adik tukar last month..

Jasfyra said...

saya baru tukar.RM400.claim insuran..hehe

xpresi said...

Saya pun baru pecah pagi td..tapi xtau la harga berapa kalau di sabah ni..

Anonymous said...

Saya baru tukar cermin depan Myvi jam 10 pagi tadi 16/9/2010. Yang ORI termasuk upah buka pasang RM 450.00. Tak claim insuran pun sebab tak beli insuran cermin. Tanggung sendiri, lepas-lepas raya ni semua orang senak poket.. Dah ler cermin kereta pecah kena batu selisih ngan lori. Hai.. nasib-nasib...

azri mohammad zaibi said...

Kat mana yer buat tu mama?

azri mohammad zaibi said...

Kat man yer kedai tu mama?

Aimy Nadia said...

dekat mna awak tukaq yer...saya pon pecah...bly bgi thu