SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, March 24, 2010

Cermin kereta retak pulak dahhhhh

Di dalam kereta kat Putrajaya. Aku kan ada keja kat Putrajaya hari ni. Ni tengah sengal tunggu staf aku mana budak-budak ni sekor tak nampak batang hidung lagi. Hish... Ada ke bos pulak tunggu staf.

Diorang datang opis dulu amik segala keja yang nak diupdate kat hq ni. Aku pulak dari rumah terus ke hq. Nak harap sistem kat opis tu lembap nak mampus kan. Terpaksa la menayang muka kat hq.

Oh, aku tengah serabut ni. Cermin depan kereta aku retak okeh. Ada la dalam sejengkal. Terus aku rasa macam nak mengamuk. Cis! Cis!

Macam mana boleh retak aku tak tau la. Retak yang jenis memanjang pulak tu. Betul-betul kat bahagian tengah. Nasib baik tak retak seribu. Dah la aku tengah mengalami economic downturn sekarang. Mana nak cekau pitih nak tukar cermin baru ni? Mana???

Ngadu kat Abang Misai dia pon tak reti nak menolong. Dah aku ni kat Shah Alam. Dia kat Penang. Terpaksa la aku membuat survey sendiri. 

Nampak tak yang aku tanda anak panah tu. Kat situ la retak sejengkal tu. Geram aku.

Hish... Dah rasa nak terkucil pulak dok lama-lama dalam kereta ni. Ok la, nak pi masuk dalam la. Tunggu budak-budak ni kat dalam aje.

 Ni bangunan HQ aku. 

Siapa tau itu bangunan apa? Aku ucap tahniah aje la kalau teka betul. Hahahaha!

 

2 comments:

sharinginfoz said...

yalah macam mana boleh retak kan..

puterikurekure said...

la..ciannye.
survey dulu harga k. shah alam banyak workshop kereta. takde hal la tu.
;)