Dugaan sungguh la. Di saat-saat sesak ni la cermin kereta retak. Makin memanjang pulak tu. Karang ada aku drive sambil pegang cermin. Kalau tak pun feeling-feeling kereta tak berbumbung. Open air. Wakakaka!
Lepas tu handphone pulak. Tadi langsung hang. Aku rasa macam nak baling ke dinding aje dah. Tapi mengenangkan aku ni bukan la kaya maka simpan aje la niat tu. Jenuh menggodek baru ok balik.
Nak story ke mana aku melahu hari Sabtu pon tak ada mood.
Sebenarnya tak dapat terima hakikat bahawa kena standby 24 hours sampai election abes. Cipan!! Cuti kena beku tu aku boleh handle lagi.
Eh, berapa minggu tarikh sebelum election?
Takkan la tetiap minggu nak kena standby? Aku nak balik kampung jugak weh...
Yang lain-lain tu diorang dok dekat-dekat aje so tak heran la tak jumpa wife or husband sehari 2. Aku ni seminggu sekali baru buleh jumpa.
Mintak la timbalan aku consider kat anak buah dia yang sorang ni.
No comments:
Post a Comment