SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, March 19, 2010

Lain kali tanya la elok-elok

Aku berbulu betul semalam. *hari ni baru nak cerita*

Ada la sorang makhluk ni. Dia nak mintak data dari aku. Aku cakap ok je. Hantar surat segala n bila bos aku dah approve aku akan emel.

Ok la, surat tu dia dah fax. Then aku dah pun emel benda alah tu tapi tak masuk mailbox dia. Delay la pulak. Aku send la lagi sekali. Kot la aku salah hantar ke apa. Lepas tu aku sibuk la buat keja aku. Kejadah aku nak mengadap emel je manjang. Tapi aku check tak ada pun delay ke apa lagi.

Tiba-tiba pagi semalam aku dapat call. Dengan tak bagi salam, dengan suara macam halilintar membelah bumi ni,

'Hello. Ni J** dari In*** ni! Puan kata nak emel senarai tu?!! Tapi apa pun saya tak dapat lagi?!!'

Dang!!!! Time tu aku rasa kalau kepala aku dapat masuk dalam telefon tu dah lama kena sepak dengan aku. Tapi sebab aku ni malas nak bergaduh aku cakap la baik-baik.


'Puan, saya dah emel dah pada puan semalam. Mula-mula emel delay. Saya dah emel lagi sekali. Tapi file besar tu yang tak sampai kot.'


Terus tiba-tiba jadi lemah gemalai,


'Oh, ye ke? Ehehe.. Tak apa la. Nanti saya hantar staf saya datang amik sendiri.'


Ceh... Tiba-tiba la ko nak gelak bagai. Konon-konon bergurau senda la. Dah la tak cakap sorry ke apa. Mau aje aku tempeleng sekali.


Dah malu la tu. Lain kali tanya dulu elok-elok.



3 comments:

saya_arief said...

tempeleng xbez, lempeng bez..haha..

benz said...

heh. kalo aku tu, konpem tiada tone rendah disitu. hahaha!

aMiYs said...

saya_arief - lempeng mmg best.. tp org tu x pyh bg lempeng..

benz - ohoho.. mula2 aku nak balas jek.. pikir balik mls ah.. last2 malu sendiri.. haha!