Muka memang dah stok mintak didodoi aje. Confirm kalau korang baru nyanyi sebaris aku dah sampai ke bulan dah.
muka aku yang dah letih gila tunggu bos tak sampai-sampai
Letih gila. Dengan sesat barat nak pi ke Bukit Sentosa lalu PLUS kitorang terlajak sampai ke Lembah Beringin. Semuanya driver opis aku yang sengal punya pasal.
Kitorang tanya direction kat dia macam mana nak pi ke Bukit Sentosa tempat kitorang nak kena buat keja ni. Dia kata lalu Guthrie then exit kat Kuala Kubu Baru. Aku ni bab jalan memang buta sikit la. Setakat pusing Shah Alam boleh. Kat luar terima kasih la ye. Nak balik Penang aje aku ingat jalan. Tapi segala exit jangan tanya aku.
Beria la kitorang ni cari exit KKB tu. Sekali budak ni cakap dengan aku.
'Kak, setau saya Bukit Sentosa dekat dengan Bukit Beruntung. Kita dah lepas jauh exit Bukit Beruntung ni. Ni dah nak sampai Tanjung Malim ni.'
Gigih la pulak call orang lain yang tau tempat pulak.
'Keluar exit Bukit Beruntung la. Lepas tu belok kiri.'
Yeee... Terus muka si driver terbayang depan bijik mata. Boleh main-mainkan kitorang pulak. Dah la nak settlekan benda tu cepat. Dah jadi lambat.
Kalau la kitorang ni tadi betul bendul mencari exit KKB confirm dah sampai ke Penang gamaknya.
Yang sakit hati driver tu boleh gelak-gelak pulak. Ingat lawak la buat macam tu. Mau aje aku tendang anu dia tu.
No comments:
Post a Comment