SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, March 19, 2010

Cerita rojak dari KL Sentral

Macam biasa. Aku kat mana lagi kalau time hari Jumaat ni. Yeeee.... Benar.... Aku di KL Sentral. Tunggu tren. Mintak jangan delay lagi hari ni sudah. Tak larat aku nak tunggu.

Hmmm... Akhirnya berjaya aku menggodek lappy ni punya bluetooth function. Dari minggu lepas aku macam bangang aje macam mana la nak transfer gambar kat lappy ni. Maklum la, lappy cap borrow opis punya. Sudah berjaya menggunakannya sebentar tadi. Sila tepuk tangan untuk saya.

 Haaaa... Kan dah glemer masuk blog aku

Pakcik ni telah berjaya membuat aku ketaq lutut sepanjang dalam tren dari Shah Alam ke KL Sentral oke. Korang tengok gaya duduk tu macam mana. 2 seat conquer sorang. Lepas tu buat muka toya mat amin. Bengang je aku. Dah la beg aku berat. Kena berdiri pulak. Ada sorang mamat ni cuba-cuba menyelit duduk situ macam gitu jugak la gaya pakcik tu.


Owww.... Shittooooo.... Aku lupa bawak balik broadband. Cis! Cis!

Bila dah online guna wireless kat KL Sentral yang kejap-kejap terputus ni baru la teringat broadband aku dalam handbag lagi 1. Arrrrgggghhhh!!! Tak suka..... Nehi! Nehi!

Ok, nasi dah jadi bubur. *sesuai ke perumpamaan tu*

Kita lupakan pasal broadband. Balik kampung karang ada la aku terpaksa jadi peminjam tegar kakak aku punya. Kot tak abah aku ada ke broadband ek? Hari tu dia bagi adik laki aku guna.

Tadi time balik nak amik barang sebelum naik tren ada accident dekat jalan nak dekat sampai rumah aku. Kata housemate aku ada 4 bijik kereta yang accident. Aku nampak 3 bijik je. 2 kancil 1 naza yang besar gedabak aku tak tau apa nama tah.

Kancil nan sebijik tu dah tersadai sebelah tayar depan naik divider dah. Yang sebijik lagi tersadai kemek tepi jalan depan belakang. Yang naza tu kemek kat bonet depan.



Gambar kat atas tu aku sempat snap masa lalu sebelah tempat kejadian. Huuuu... Adakah aku salah seorang penyumbang kepada jalan jammed itu? Hahahaha! Aku snap laju-laju ok. Dari jauh nampak aku dah keluarkan hp. Pantas kan? ;p


Oh... Ni gambar masa aku kat traffic light baru balik keja. Sweet aje tengok budak kecik tu naik motor besar peluk bapak dia kuat-kuat. Kaki tergantung-gantung aje. Hahaha!


Errr... Ni gambar masa meeting pagi tadi. Aku dah sengal la namanya ni. Lagi pun wajah ini saje yang menarik dipandang mata dalam meeting tadi. Muahahaha! Gambar adalah blur sebab aku cuba zoom menggunakan hp cap ayam aku. So, gambar menjadi pecah.

Kalau sesiapa nak berkenalan mintak maap la. Bukan budak opis aku. Hakhakhak!


3 comments:

saya_arief said...

pak cik 2 nak balik jumpe bini kowt..da lame xbalik malaysia..
offshore...betol ka eja tuh.kui3..

Benz said...

oiiii! walaupun blur, nampak agak kacak juge. sile mintak nobo tepon pasni. muaahahaha!

aMiYs said...

saya arief - kot ye pon perlu ke duduk gaya gitu.. huhu...

benz - oww... mmg kacak.. wakaka! oh, ada aje no fon dia sbb meeting tu unit aku yg handle.. 2 mggu sekali pasti bertentangan mata.. auwww!!! dush! dush!