SaYa SayaNg AnDa :)

Saturday, March 20, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Ok, walaupun broadband punya kelajuan adalah pantas sikit aje dari siput aku nak jugak online. *aku bawak balik broadband rupanya. tak perasan. wakakaka!*

Aku telah mendapat emel dari encik Nuffnang tentang Gatsby Deodorant Street Fair supaya aku memblog dan menghadiri majlis tersebut jika aku mau mendapat angpau. Lai! Lai! Lai! *apesal ayat aku macam skema?*




Well... Untuk memblog adalah tiada masalah besar di situ. Untuk datang memeriahkan majlis kena fikir dulu. Karena hujung minggu adalah masa aku zassss sepantas suparman si orang terbang *siapa pernah tengok cerita ni?* untuk balik kampung. Tapi jika aku bertuah terpilih untuk attend maka aku kena buat muka paling comel dekat Abang Misai. *kelip-kelip mata*

Cik Ben, kalau hang terpilih yok pi dengan aku. Heheheh... Verangan~~~


Ok, panjang mukadimah tapi tak bagitau lagi apa yang patut.

Gatsby Deodorant Street Fair akan diadakan seperti butiran berikut: *confirm aku dah skema. ayat pun macam ayat dalam surat rasmi.*


Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Dah sebesar font dah tu. Siapa tak nampak tu bawak-bawak la berzikir banyak-banyak ye.

Aisey, tuan kecik dah bangun tido mintak dilayan. Sat noooo....

Okeh, sambung. 

Yang makin buat aku teruja nak pi adalah ada lucky draw tu kawan-kawan. Hadiah cabutan bertuah tersebut adalah cool gadgets yang worth up sampai RM15,000 tu.... *mata RM* Ok, ni memang masyuk kalau dapat k. Sebab birthday Abang Misai 19hb. So, kalau aku ni intan terpilih untuk dapat gadget cool tu maka telah save RM untuk beli hadiah untuk Abang Misai. Muahahaha! Bernas tak pemikiran aku? *mode kedekut ke apa? hahaha!*


Lagi yang menarik ada fun-fair games yang sangat best. Antaranya Sumo Wrestling (dalam air bag suits ye). Kalau sumo betul karang sanggup ke ko bercawat kat Times Square tu senah. Hahaha!


Errr... sesuwei ke?


Betul-betul lawan gladiator tu. Wakaka!


Gladiator battles pun ada. Ni sodap eh kalau nak membantai orang. Kot rasa geram teramat boleh la lepas geram join gladiator battles ni kan. Banyak lagi la games yang best, menarik, tertarik, teruja macam games kat fun-fair tu. 


Jadi adik-adik dan kawan-kawan, kalau anda nak tau lebih lanjut pasal Gatsby Deodorant Street Fair ni sonang eh tu. Sila jenguk di www.gatsby.com.my/streetfair ye. Oh, aku sudah berkunjung ke link tersebut. Amat cool. Buleh main game. Aku paling sengal main game skipping tu. Terduduk sesaje. Hohohoh!

Ok. Itu saje. Aku dah ngantuk gila. Buat entry pukul 1 petang tadi. Sambung balik pukul 11.30 malam. Hahaha! Kerana budak kecik sorang ni nak berkepit celah ketiak ummi dia.

So, gudnite all. Jom mimpi bersumo. Wakaka!