SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, March 3, 2010

Siapa pernah tengok Myvi transform jadi 4X4?

Selesai taklimat n suara aku dah serak-serak seksi. Auuuwww!

Dush! Hamik ko sekali. Seksi la sangat kan.

Aku la pemberi taklimat yang bertauliah tu. Asek la aku berdehem sampai semua orang mengajuk. Suara dah nak hilang senah. Dek kerana *ayat buku ko* dari minggu lepas sampai hari ni keja aku membebel aje dalam meeting n taklimat.

Sebab semalam aku sakit perut hari ni aku tak puasa. Hohoho! Lemah semangat betul kan.

Ye la, disebabkan sakit perut semalam la kereta aku nyaris terbalik sebab aku langgar divider. Huhuhu! *tiba-tiba sakit perut berkait dengan cara drive*


Dengan kerabunan ayam aku ni bila drive malam-malam. Dengan nak cover sakit perutnya boleh pulak dengan tiba-tiba ada makhluk melintas jalan.


Maka aku dengan berhemahnya ke tepi sikit dekat dengan divider sebab terkejut. Dah la jalan tu corner tajam.


Bila aku nak belok kiri maka jadi la kejadian kereta Myvi bertukar macam transformer kepada 4X4 dengan aku melanggar divider n tayar sebelah kiri terus naik atas divider. Hahaha! *divider agak tinggi ye*


Dengan muka cool mengcover kemaluan aku telah memecut dengan harapan orang kereta belakang kagum tengok Myvi bertukar jadi 4X4.


Cuak jugak aku takut terbalik ke apa. Tapi aku lebih cuak memikirkan adakah kereta aku bumper dah pecah or bercalar. Tak memikirkan nyawa anda adalah lebih penting saat itu. Huhuhu!


But Alhamdulillah aku dengan adik aku selamat. Kereta aku pun selamat tanpa apa-apa kecalaran mau pun kepecahan. Rim pun ok aje. Tak tau la pulak kalau ada apa-apa pecah kat bawah kereta tu. 


Dah, aku nak buat keja ni. Malam ni maybe berkampung lagi la aku kat opis.


Sila bekerja dengan tekun dan ikhlas. Hahaha!


Pesanan untuk diri sendiri dan anda semua.


1 MALAYSIA, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!


*motif tiba-tiba skema?*











2 comments:

Intan and The Boys said...

ishh..buat kite takut je tau.
sib baik awak tak apa2
hati2 ye...

Sharinginfoz said...

tak pernah.... tak nak le tengok...

First Day Earnings: Innity

iphone dengan Digi