SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, March 11, 2010

Depan cakap lain, belakang cakap lain...

Mula-mula nak bagitau minggu ni aku dapat balik kampung. Hip hip horeyyyy!!!

Petang tadi pi beli tiket untuk next week. Bila tanya ada pulak kosong untuk this week. Check online semalam dah licin langsai dah. Alhamdulillah... Dapat jumpa Amir. Tak sabarnya ummi. Weeeee..... *goyang-goyang pungkoq*

Aku sebenarnya bukak lappy ni konon nak draft surat. Tapi 'M' besar sudah mariiiii.... Perut pun sakit, kepala pun pusing. Esok pagi la aku buat. Padahal esok pagi nak kena buat data cleaning. Haisyooo... Kena siapkan jugak la malam ni.

Bos kecik aku la ni. Timbalan aku suruh dia yang buat surat tu. Siap discuss depan aku ni dalam bilik timbalan aku. Lepas tu timbalan aku bagi aku pulak keja lain untuk settle kan. Berlambak pulak tu.

Keluar dari bilik timbalan aku menonong aje la ke bilik aku nak buat keja. Lepas tu time nak dekat lunch terjumpa bos kecik aku ni tengah cakap dengan sorang lagi officer. Aku tanya la nak hold ke meeting since nak kena hantar surat dulu. Boleh pulak dia cakap,

'Surat tu nanti you buat bla...bla..bla...'

Ehhhhh.... Dah aku pulak kena buat ke? Tadi dia beria salin note dalam buku kecik dia. Aku dah macam apehal pulak ni kan. Dah la kat paper tu terang-terangan timbalan aku minit dekat dia.

Hish... berbulu 1 badan betul aku dengan bos kecik aku ni tau. Dia ni memang sukaaaa sangat mengelak. Pernah aku terkena dalam 1 meeting besar ni. Dia yang patut buat presentation. Mula-mula ok aje. Last minit nak sampai turn dia boleh dia tolak aku suruh present. Alasan dia nanti dia tak tau nak jawab apa kalau orang tanya. *macam aku reti sangat nak menjawab*

What the toooottt la aku rasa masa tu kan. Masa aku present tu pengarah aku dah jeling-jeling aje sebab dia suruh orang lain yang present tapi muka aku ni pulak yang terjengul.

Lepas tu asal suruh chair meeting aje mula la nak mengelak. Lagi best aku masa tu ada dengan dia dalam bilik pengarah. Pengarah assign dia pi 1 meeting ni. Boleh dia sound balik pengarah,

'Tuan haji aje la pi meeting tu.'

Wahhhhh... Sesedap rasa aje mengarah bos sendiri kan. Dia selalu sound aku jangan melangkau tugas dia. Tapi dia lagi selamba mengarah bos sendiri. Huuuuu... Haru sungguh.

Tadi pun timbalan aku assign dia pi 1 meeting ni sebab officer yang patut chair meeting tu tak ada. Cuti coz anak dia kena minor operation untuk jantung berlubang. Ayat paling tak boleh blah,

'Apesal pulak dia nak cuti lama sangat. Anak dia minor operation aje pun.'

Hoho... Minor operation pun ingat amik masa sehari dua aje ke nak baik. Sedangkan Amir admit ward hari tu pun seminggu aku cuti. Inikan pulak anak tu ada sakit kronik. Abes tu siapa nak jaga anak tu kat wad?? Cleaner hospital???

Aku memang tak sebulu betul dengan bos kecik aku ni. Dia suka puji orang kat depan, lepas tu belakang dia punya mengata kaw-kaw punya. Aku dah pernah kena dah.

Tak kuasa laaaa aku nak buat baik dengan orang macam ni.

1 comment:

Benz said...

naseb baik la bos kecik ko tu bukan bos aku. agak mcm x bape syg mulut jgk kot aku ni.. konpem aku menjawab kan? hahhaa!
lg2 kalo benda tu menyusahkan aku. kalo x menyusahkn boleh aje buat konsep aku dan duniaku.
pandai take advantage ok org mcm ni. si pengipas bontot. aku benci!