Haaaa... baru la boleh berblogging secara aman.
Heh, bukan la selama ni tak aman. Tapi memang tak aman pun. Asal nak menaip kena panggil masuk meeting. Dating tak nak panggil ke? *dating dengan siapa pulak? haha!*
Aku kat KL Sentral. Tren delay. Mula-mula announce delay sampai pukul 10. Lagi sekali dengar pukul 10.30 pulak. Kejap lagi ada pukul 11 pulak. Apa ko tak buat aje macam hari tu. Lajak terus pukul 2. Terus aku tukar kaler merah jadi Electra mengamuk depan kaunter tiket karang. Haaa...
Jadi bagi mengisi masa lapang mari la meluahkan perasaan di samping update data yang nak kena settle by this week. Dengan menggunakan elite book yang dipinjam dari opis. *nak relax pon tak ada masa* Nasib ah kan. Nak suruh aku settle cepat maka sila bagi aku keistimewaan. Kalau tak aku hantar surat tukar lagi seploh kajang.
Sekarang dah pukul 9.45. Tadi pukul 8.30 ada la niat aku nak taip-taip. Tengah syok bukak lappy cap borrow ni tiba-tiba datang sorang mamat dok sebelah aku. Dia join group budak-budak laki yang memang sedia melepak kat tepi aku tadi.
Aku malas nak amik port pasal mamat ni so aku meneruskan dengan mengupdate status kat FB. Muahaha! Mesti korang ingat aku update data kan. Cari mood dulu beb.
N time tengah menaip tu aku rasa macam diperhatikan. Aku jeling ah pandang mamat ni. Baik punya dia tenung screen lappy ni. Ok, fine. Tertengok kot. Assume macam tu aje la.
Tapi mata dia tak berkedip oke. Siap kepala tu makin ke depan lappy ni. Aku dah mula la. Karang aku lepuk dahi tu sesaje je kang.
Dah lama sikit tu aku dah mula la rasa tak selesa. Sangat annoying ye perlakuan mamat ni. Kejap-kejap lepas dia borak dengan budak-budak tu dia pandang lappy.
Hish... Geram dah ni. Gerammmmm...
Terus aku off lappy n masukkan dalam beg. Mamat tu pulak terus bangun n blah.
Tiba-tiba aku dengar budak-budak sebelah aku berborak,
'Eh, ko kenal ke mamat tu?'
'Entah. Tetiba aje join. Aku layan la.'
Whattt?? Apekah sebenarnya mereka tak kenal mamat itu. Ku kira mereka kenal dong!
Adekah sebenarnya mamat tu ada short di mana-mana bahagian dalam kepala otak dia. Hish... Patut la tengok orang semacam aje.
No comments:
Post a Comment