SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, February 15, 2010

Isnin yang damai

Hari ni Isnin.

Selalu kalau hari macam ni aku tengah sewel kat opis. Kejar dateline segala report yang orang-orang aku tak tau apa benda ntah suka sangat mintak report last minit.

Tapi hari ni aman damai je rasa. Sebab cuti kan. Hohohoho!

Masih kat kampung la sekarang. Amir baru aje tido. Macam biasa kalau ummi dia ada kat rumah dia nak tido sambil kena dukung.

Hadoi la anak bertuah aku ni.

Aku pulak tengah selsema. Malam semalam tak boleh tido lepas tu tiba-tiba hidung tersumbat. Hari ni dah meleleh aje hingus. Tekak pun sakit.

Bintik-bintik berair tu dah kurang. Apesal la naik gatal-gatal pulak badan aku ni. Bukan demam campak tapi bintik berair tu amat la gatal. Ada la 2-3 tempat dah jadi parut. Hish... Tak comel dah. Wakakaka!

Abang Misai tak ada ni. Dia pi rumah kakak dia betulkan paip. Kalau tak jangan harap la aku boleh update blog.

Ada aje la keja dia nak suruh bini dia ni buat karang.

Huhuhu...

K la. Aku nak kemas bilik. Laki aku balik jap lagi membebel.

Apa? Ingat perempuan aje kuat membebel ke?