SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, February 8, 2010

Mulut memang pandai cakap aje

Aku kat opis dengan keadaan perut macam cibai sebab aku rasa nak terberak aje dari tadi.

Aku masih cibi. Dan kepala aku sangat sakit. 

Kronik sungguh cibi aku kali ni. Dari hari Jumaat sampai hari ni tak ok lagi. Aku nak makan apa la macam ni kalau makan aje terus berdesup nak keluar.

Dengan aku datang opis tiba-tiba diorang cakap bos marah pasal aku cuti. Ehhh... Aku ada bagitau bos la aku tak dapat datang sebab anak aku sakit. Confirm lupa la tu. Adeiiii... Tak suka ok macam ni.

Kalau aku suka suki tak nak datang aku tak heran la nak marah-marah. Ni anak aku sakit. Boleh cuba faham tak? Pernah ke aku suka-suka hati tak datang???

Orang lain cuti makan angin lama-lama tak apa pulak.

Aku mintak cuti kadang-kadang baru 3 hari dah bising apesal cuti lama sangat. Tolong jangan diskriminasi boleh tak.

Orang yang mintak cuti makan angin tu pulak dah la tak kawen lagi. Family pun setakat sepenanak nasik aje kat sini.

Aku tu haaaa... 5 kali masak nasik baru sampai kampung. Itu pun tengah cuti ada lagi yang call tanya itu ini. Bla bla bla!

Serabut oke, serabut!

Nak suruh siapa jaga anak aku dalam wad tu? Anak orang lain mak yang dok bertunggu tangga. Takkan nak mintak tolong orang. Sedara mara aku ada family sendiri. Sedara mara laki aku pun ada family sendiri.

Time anak diorang sakit pun diorang sendiri jaga. Ni aku pulak tergedik-gedik anak aku sakit nak suruh orang lain jaga?

Apesal susah sangat nak faham condition aku yang jauh dari anak dengan suami ni? Kalau ada meeting hujung minggu memang aku tak balik pun kampung. Setakat cakap kesian, mulut aje manis.

Belakang aku mengata berbakul jugak.


Sendiri tak rasa senang la cakap kan.


Lepas tu senang hati aje cakap, apesal tak naik bas dah tau tren lambat. Bila aku kata tambang bas mahal boleh pulak jawab, terpaksa la berkorban.


Taik la berkorban! Abes aku nak makan apa samdol?! Duit untuk anak aku pun aku tak dapat nak simpan. Abes atas jalan aje sebab tambang. Korang ada pikir ke semua tu? Tak ada kan????


Esok-esok anak aku tak kenal siapa mak dia tuding jari balik dekat aku jugak. Pentingkan keja la. Apa la.  Kalau dah tau macam tu apesal tak berenti keja la.


Eh, hutang piutang loan aku study dengan loan keta dengan loan aku buat time nak kawen tu korang ke yang nak tolong bayar? Tak kannnnn....

Mulut senang la cakap, yang menanggung bukan korang. Ni, kepala otak aku ni yang dok tanggung.

Aku memang bengang sangat la hari ni.


Serius aku memang tekanan sangat!







2 comments:

puterikurekure said...

kesian gile kat awak ni tau amiy!
dahla cibi (trust me...i know that kind of pain.huhu), kena marah2 ngan bos pulak.

awak carikla keje kat penang tu cepat2.

Ejamaria said...

sabar... sabar... klu tension sgt nnt lagi stress... kak maria pun anak tengah sakit gak... last week dah cuti bbrape hari... la ni nak cuti lagi kot psl nak bawak anak gi follow-up plak... org yg bising2 tu takde anak kecik, bole le ckp camtu...