SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, February 4, 2010

Emo melampau dah macam ni!

Aku pernah cakap aku tak nak emo kat blog ni kan.

Tapi hari ni aku nak emo jugak. Rasa macam nak terajang orang lepas ke laut. Biar mati kena makan jaws. *keji sungguh imaginasi*

Anak aku kan sakit. So, sebagai mak mesti la aku nak jaga anak aku. Sebab memang tak ada orang yang dapat nak jagakan since orang lain pun ada komitmen n aku pun memang nak jaga anak aku sendiri.

Aku dah siap sms big bos n bos unit aku. Big bos ok aje. Bos unit aku ni sengal sikit. Dia jawab ok tp suruh aku inform timbalan pulak. Apa ko tak boleh tolong informkan untuk aku ke?

Aku MC hari tu pun dia buat macam tu la. Timbalan aku naik angin dengan aku dia buat senyap aje. Padahal aku dah sampai pesan kat dia.

Lepas tu masa aku kat hospital dia call tapi aku tak jawab sebab aku silentkan fon. Dengan anak buah aku dok msg tanya itu ini macam mana nak buat la, apa la. Eh, aku kat hospital la. 

Dengan Amir dok meragam sebab tak selesa. Dengan korang buat aku rasa nak histeria kat hospital tanya soklan padahal aku tak ada kat opis.

Semalam pulak lagi best. Bos unit aku tu sms aku. Dia kata ada benda nak tanya n dia nak call. Aku jawab tapi lambat sebab dok melayan Amir yang manja bukan main. Nak tido pun berdukung.

Aku ingatkan nak tanya apa. Rupanya nak tanya report yang staf aku buat semalam figure amik kat senarai mana. Terus aku rasa nak hantuk kepala ke dinding laju-laju.

Staf aku ada aje kat opis tu. Boleh tak ko tanya direct aje kat dia. Apesal tanya kat aku yang jauh nun kat Penang yang tak nampak pun apa staf aku buat. Apa, protokol sangat la kena melalui aku jugak?!

Memang aku rasa macam nak maki aje tau. Aku mana tengok report tu. Ingat aku kat hospital bawak laptop ke? Tak ada masa la aku nak mengadap laptop segala. Baik aku mengadap Amir je.

Cuba la berfikiran logik sikit. Hish!

Memang buat aku naik angin.

Ni pulak sibuk suruh aku balik awal. Sebab Ahad ni ada orang mintak buat taklimat. Macam biasa, set tarikh baru inform. Macam cilakak!

Lepas tu aku jugak yang kena bagi taklimat. Orang lain kat opis tu dah mati ke?

 

4 comments:

Suliana said...

sina ko..gaya mcm keje private je..huuhu..aku dah rasa dah mcm ni, tapi bukan kat gomen la..teruk betul diorg tu..try maki sebakul 2 boleh??haha.jahat, batu api aku ni..

puterikurekure said...

ishhh...apa ke gile diorang semua tu? cian awak.

aMiYs said...

su - mmg teruk bos aku tu.. drpd aku xnk kutuk mula2 tu last2 mmg xleh handle dh.. dia klu lesap dr opis xpe pulak.. org cari pon x dpt.. ni dh terang2 tau anak aku sakit.. mmg aku nak maki aje..

puterikurekure - oh, diorg mmg sgt gile.. sume jenis nak lepas tgn.. bile time diorg bukan main lg suruh org cover..

zee nazeri said...

Inilah tandanya anda DIBULI..