SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, February 12, 2010

Why I Like It Longer

Why I like it longer? Hmmm.. Macam lain aje bunyi ek. Hahaha!

Hep! Hep! Jangan berfikiran biru di situ. 

Ok la. Apa la yang panjang yang aku suka tu....

Aku suka kalau cuti panjang. Especially kalau hari cuti umum jatuh hari Jumaat or Isnin. Sebab kalau cuti umum jatuh hari-hari macam tu automatik la cuti aku jadi panjang sikit. Contoh terdekat sangat-sangat CNY la. Kan jatuh hari Ahad n Isnin. Lepas tu sebab jatuh hari Ahad injak pulak ke hari Selasa.

Haaaa... kan dah 4 hari cuti tu. Yaribba! Yaribba! *goyang vontot*

Apehal gedik sangat suka cuti panjang-panjang ni senah???

Aku suka sebabbbbbb....


Dapat la aku balik kampung. Jumpa Amir, anak manja ummi. Jumpa laki aku. Jumpa family aku. Haaa... Itu la tujuannya aku suka cuti panjang. Lepas tu selamat la annual leave aku ni haa... Boleh simpan time emergency macam masa Amir masuk hospital tu.

Masa ni Amir kat hospital.. Nampak tangan dia berbalut tu.. Sebab tak nak kasi dia cabut drip... Holloh.. Holloh... muka sedih aje...


Kalau aku amik annual leave lama sangat nanti aku akan dirindui oleh bos sebab aku tersangatlah pentingnya kat opis ni. Huahuahaua!

Lagi satu aku suka sangat cuti panjang sebab nak main-main dengan Amir supaya tak la nanti dia tak kenal muka ummi dia ni. Maklum la. Dok jauhhhhh. Aku tak nak la nanti kalau aku jarang jumpa Amir sebab cuti tak ada dia takut dengan aku. Macam ada certain-certain budak. Anak kakak aku pernah jugak jadi macam tu.


 
Happy together-gether.. main sama-sama.. sebelah kanan tu muka geram Amir.. hahaha!


Sedih tau. Sob.. Sob.. *lap hingus*


Dah la anak sendiri. Tak nak dekat mak sendiri pulak. Hukhukhukhuk...

Lagi 1 benda yang aku suka panjang-panjang adalah bercakap n bervideo call menggunakan hp ye....


Pasti la hp idaman kalbu aku yang panjang juga iaitu hp LG Chocolate phone (BL40) supaya kejelasan wajah-wajah kesayangan iaitu Abang Misai n Amir jelas n nyata terpampang kat skrin hp tu.


Tengok, panjang dan menarik bukan? kalau ada jerawat pun buleh nampak clear kalau video call guna hp ni. Wahaha!




 2 orang kesayanganku time menghantar aku ke stesen keretapi


Tak ada la nampak sekerat muka Amir, sekerat muka Abang Misai. Tak feeling oke. Memang sangat masyukkkk kalau dapat hp LG BL40 ni. Panjang, seksi, menarik, menawan, menggoda, menggiurkan. Eh, macam-macam lagi la. That's why i like it longer gitu. Ahahaha!

Sesuai sangat kalau dapat hp begini di saat duit untuk membelinya kekeringan kerana perlu berulang alik setiap minggu ke kampung. Memang tak mampu mak nak beli sendiri dik non. Tambah lagi aku ni memang tak pernah merasa hp mahal n cun melecun ni. Kalau dapat baru la sesuai orang panggil officer kan... kan... Hahaha!


Ini hp anak buah lagi mahal dari hp officer. Huhuhu!

So, sebab-sebab di atas itu la kenapa aku suka ianya panjang ye. Maka siapa yang berfikiran kebiruan sila putihkan ia kembali sekarang. Tiada apa-apa yang berunsur sebegitu dalam entry ini.









1 comment:

|| NaFiRaa || said...

ai pon suka cuti panjang!!!! leh lepak kat kg lama2..:P