SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, February 23, 2010

Rasa apa yang aku rasa baru boleh judge aku yeee

Selesai dibambu. Dan selesai jugak dapat tugasan macam gunung everest. Sangappppp....

Nasib baik aku tak datang semalam. Bukan sengaja tak nak datang. Tapi aku rasa macam nak terbalikkan tren. KTMB pliz la take note.

Gila ko. Tren aku patutnya hari ahad malam pukul 11.50 kan. Aku dah la datang awal. Pukul 11 dah terpacak. Sorang-sorang pulak tu. Laki aku hantar aku lepas tu terus balik tak tunggu sebab Amir tinggal dengan atok dia. Kesian la kalau dia meragam karang.

Aku pun tunggu la dengan penuh kusyukkkkk sampai tersengguk kat kerusi. Masa mula-mula sampai tu aku dah terjah kaunter nak beli tiket balik Khamis ni. Ate Jumaat cuti. Pasti la aku ni zassss nak beli tiket kan.

Masa kat kaunter tu ada orang tanya. Sebab kat platform dah ada tren. Tapi itu tren lain. Telinga aku ni tiba-tiba dapat tangkap apa yang orang kaunter tu cakap,

'Tren delay. Dalam pukul 1 pagi baru sampai.'

Whaaattt???

Ok la, aku cuba bertolak ansur.

Tiba-tiba ada announcement. Tren delay sampai pukul 12.45 aje. Oh.. Diskaun la tu 15 minit. Sekali aku tunggu sampai tertido kat kerusi siap ternganga lagi tu bangun tengok jam dah pukul 1. 

Mana tren ni???

Ok, tak apa. Sabarrr lagi.

Pukul 1.30 punnn tak sampai lagi.

Pukul 2 aku dah mendidih dah ni. Esok aku keja la weeeiiii. Ingat aku masuk keja pukul 12 ke?

Terus aku ke kaunter tanya akak tu. Dia kata lagi 15 minit sampai la. Ni tren barang dok melengkar kat platform sebab tu tren tak boleh masuk lagi.

Dah. Cukup oke! Cukup!

Terus aku tukar tiket balik n call Abang Misai suruh dia amik. Tak guna aku naik pun sebab expected time arrival adalah pukul 8.30 kotttt.... Itu kalau tak stop mana-mana hentian lama-lama. Dibuatnya nak bagi jalan pada tren lain daaahhhh masak aku dalam tren tu.

Daripada aku masuk keja lambat ntah pukul berapa baik aku balik rumah aje. Pagi tu bersiap terus hantar Amir pi klinik untuk 6 months check up.

Eh, aku nak cerita sebenarnya apa yang nasib baik sebab tak datang semalam kan? Dah meleweh pulak. Hahaha!


Bos aku mengamuk semalam. Huuuuuu... Siap cari aku nak buat amukan tahap kesatria baja hitam. Dah anak buah aku pulak kena fire.


Sangat hell ok.


Sebab presentation yang dia buat yang banyak kali pinda tu dapat markah sikit. Terus la angin 1 badan.


Tu laaa... Aku dah kata jangan pinda. Jangan tambah slide banyak-banyak. Nanti orang nampak mana salah kita. 


Negeri yang dapat markah tinggi slide dia adalah yang paling sikit.


See... See...


Lepas tu kata aku pulak salah. Padahal bukan aku yang letak figure tu.


Nasib baik hari ni angin dia baik sikit. Kena bambu still kena bambu tapi tak la teruk macam orang lain kena semalam.


Dengar kata dia ungkit apesal aku kerap balik kampung. Apesal tak bawak aje anak aku dok dengan aku.


Ceh...


Aku tak suka bila orang yang tak pernah rasa macam mana jadi macam aku kena ulang alik macam ni mempersoalkan benda-benda ni semua.


Kalau aku ada semalam pasti aku dah jadi sorang staff yang melawan bos.









 

No comments: