SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, May 17, 2010

Sebab kenapa aku tak suka main bola jaring

Baru lepas makan. Alhamdulillah...

Tapi sebab lambat makan maka gastrik telah menyerang. Aku kirim dekat orang je. So, kalau lambat tu memang nasib la. Nak cepat-cepat pi beli sendiri la.

Sebab lapar aku makan abes even sup adalah oily. Huhuhu...

Dekat opis ni sekarang ada hari pemantapan jati diri what so eva bla bla bla... Aku tak join pun.


Pemantapan jati diri dengan bermain sukan bersama-sama. Aku dah lama bersara dari bersukan ni. Muakakaka! Sekarang masa aku menternak lemak secara padu.


Ada jugak la diorang dok email-email siapa nak join pi berlatih n so on. Tapi aku koser la nak pi. Sebab latihan tu petang n hari cuti. Cuti aku balik kampung tengok anak n laki. Keja aku yang selonggok ni kalau aku tak buat karang tak ada la yang nak menolong buat. Tolong tambah lagi ada.


Daripada aku sakit telinga dengar bos membebel baik la tak payah pi.


Perempuan lawan bola jaring. Lelaki hari tu main badminton. Ate kan dekat piala thomas baru-baru ni. So, demam la sekali yang dekat opis ni.


Aku main bola jaring? Maaf! Sorry naik lori.


Aku tak main bola jaring since aku darjah 4. Ada sebab musabab aku tak join. Bukan pasal aku tak suka. Tapi sebab aku dah sangat frust n merajuk.


Aku masa kecik adalah sorang yang selebet plus selekeh yang amat. Disebabkan aku ni selekeh so tak ada la ramai kawan. Bukan la aku suka-suka nak selekeh. Orang susah. Baju sekolah pakai la sampai lunyai baru dapat tukar baru. Beg sekolah sampai ternganga nampak buku pun pakai lagi. Siap jahit tempat koyak tu.


Kasut sekolah pakai sampai jadi mulut buaya pun abah aku tak belikan baru. Sampai cikgu bagi duit suruh beli kasut baru. Malu ok. Abah aku muka selamba bila aku tunjuk duit tu terus bawak aku pi beli kasut. 


Kawan baik aku masa kecik pun ada sorang aje iaitu Puan Yat. Dia la teman makan minum aku dulu. Makan pun tumpang sekaki apa yang mak Yat bekalkan. Siap lepas tu ada bekal untuk aku sekali.


Dulu masa kecik aku suka sangat join sport ni. Dan sebenarnya dah terpilih pun untuk main bola jaring. Tapi aku telah dikeluarkan oleh captain pasukan sebab ada sorang minah yang melalak meroyan macam kena histeria tak kena pilih dek cikgu. Dan dek kerana aku adalah bukan geng dan selekeh maka tersisih la aku dari kumpulan tu.


Cikgu ada jugak panggil aku n captain tu n tanya apesal keluarkan aku yang cikgu pilih n masukkan orang lain. Semua pun senyap je. Aku masa tu dah tawar hati sangat. Terus aku cakap dengan cikgu aku tak nak main dah.


Cara nak main bola jaring pun aku dah lupa.


Ada jugak la masa sekolah menengah aku try nak main balik. Masa tu dok asrama. Dolu-dolu kitorang punya asrama ada masa wajib untuk turun padang.


Masa tu pulak rupanya ada yang marah dengan aku. Kononnya aku merampas kakak angkat kesayangan dia.


Eh, hello! Akak angkat kesayangan ko tu senior aku masa orientasi. Aku pun tak rapat dengan dia. Kebetulan masa tu aku ke surau n dia tiba-tiba datang dekat aku n tanya khabar.


Dan masa aku main bola jaring adalah masa untuk balas dendam pada aku. Muka aku kena aim tepat dengan bola jaring tu. Balingan padu ok. Macam cerita Moero Attack. Sommersoult berputar!!!!


Dengan pandangan aku sekali berputar. Nyaris nak pitam aku masa tu. N hidung adalah rasa sakit gila macam nak patah.


Ye... Terus aku benci nak main bola jaring sampai sekarang.


Tapi aku main sofbol pulak.


Siapa agak-agak nak cari pasal dengan aku meh aku bantai dengan bet sofbol tu.



No comments: