SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, May 13, 2010

Result darah aku hilang ok. HILANG!

Aku memang berapi je lepas pi klinik tadi. Semua pasal result darah aku. Tapi malas nak marah. Aku senyummmm je walaupun senyum paksa ok.

Nak tau kenapa aku marah?


Aku datang klinik 7.20 pagi. Klinik bukak 7.30 kan. Hope boleh la balik awal sebab banyak benda aku nak settle kat opis.

Tunggu punya tunggu entah apesal hari ni pulak lembap aje la nombor tu gerak. Ada la lebih setengah jam aku tunggu baru kena panggil. Padahal nombor aku bukan banyak mana pun. Ok, sabar.


Lepas registration pi la pulak tunggu depan bilik doktor. Tunggu lagi setengah jam. Dalam pukul 9.15 baru la masuk jumpa doktor.

'Pasal apa u datang ye?'


'Nak amik result darah. Patutnya semalam tapi i ada meeting so datang hari ni.'

'Ok. Bila u check darah tu ye? Sebab apa ye?'

'5 Januari i datang. Wrist i ni dua-dua sakit.'

'Ooo, ok. U tunggu luar nanti i panggil lain.'

Terhegeh-hegeh la aku keluar. Tunggu dalam 20 minit baru la dipanggil balik.

'U punya result darah diorang tak jumpa la. Hospital pun tak dapat jumpa.' sambil gelak-gelak sebab dia tau aku tengah hangen sebenarnya.


'Tak jumpa?! So?'

'Kena amik darah lagi sekali la. Boleh ke?'

Muka aku masa tu memang la stok nak tampar orang je dah. Tak apa. Sabarrr....


So, pi la amik darah lagi sekali. Dah la tengah pe'od. Amik darah lagi. Hish... Dengan tukang amik darah tu muka haram nak senyum. Aku tanya berapa lama kalau nak buat test darah tu dengan senyuman pun muka dia memang macam tu la tak ada perasaan.


Cuba senyum sikit boleh tak? Bukan ko sorang aje tengah tension. Aku ni laaagi la tension.


Sampai kat kaunter nak amik appointment pulak lagi hampeh.


'Eh, u kena beli buku nota kecik tu. Kad u dah tak muat ni. Doktor tak bagitau ke?'


'Tapi i nak set appointment untuk check darah je.'


Kad aku tu dah penuh dengan tarikh appointment aje ye. Sampai orang kat kaunter tu ingat aku ni memang tiap-tiap bulan kena jumpa doktor macam orang sakit diabetis dengan darah tinggi tu yang memang kena ready buku kecik macam buku hutang tu untuk set tarikh tiap-tiap bulan. Bongek tak?

'U amik darah tadi guna borang putih tu ke?'

'Ha'ah'


'Diorang ada lekat kertas putih lepas tu scan apa-apa tak?'


'Tak ada.'


'Eh, kalau tak buat macam tu nanti susah la. Hilang lagi result u.'


Aku dah rasa nak aje la mencarut abes time tu. Tapi sabar lagi. Aku tengah cuba buat anger management sekarang ni.


Aku bengang la. Mana la aku tau SOP korang ni macam mana. Kena scan kertas putih ke, apa ke. Tak ada termaktub pun dekat mana-mana yang aku boleh baca dekat klinik tu apa prosedur amik darah segala. Korang pun tak bagitau. 


Boleh tak result darah aku hilang? Kalau dah tau lepas 2 kali aku datang tak ada cakap aje la hilang. Ni suruh aku datang 2-3 kali. Sudahnya kena amik darah lagi sekali.


Membazir masa aku ok. Ingat aku tak ada keja lain ke nak settle.



4 comments:

Liana said...

hahah..sabar amiy...
bukan nak kata la, klinik kerajaan selalu cmtu kan... mcm dia ajer la yg penat buat keje... ape la salahnya senyum sket kan...

Dokter faRyn said...

rilex babe.

kelinik kerajaan memang macam tu. busy, crowded, sebab tu result kadang-kadang boleh misplace.

senang pergi swasta je. cepat settle. :)

zee nazeri said...

Prosedur yg mcm tuuttt..
LAMBAT, LEMBAB,..patut la laki zee hangin bila berurusan dgn klinik/hospital kerajaan

aMiYs said...

liana - mmg sabar aje nih.. tu la, ckp muka xde perasaan jek... kita ni senyum mcm nak cramp muka...

faryn - aku bengang la, klu hilang ckp aje awal2.. aku klu kaya dah lama pi swasta..

zee - ahahaha.. itu standard la..