Berdengung kepala otak.
Ada 3 slide yang aku nak kena buat n semua nak present Jumaat ni. Hari ni la baru inform aku kan. Macam aku ada seploh pasang tangan nak siapkan.
Ni pun baru aje settle asingkan kes-kes yang nak dapatkan pengesahan so aku boleh update data dalam sistem yang kadang-kadang buat aku rasa nak simbah aje pc ni dengan air.
Dengan claim budak-budak ni lagi nak kena semak. Tapi baru berapa kerat aje yang hantar. Korang ni nak claim ke tak nak?
Kalau setakat 1-2 claim tak apa senah. Ni ada 20 ok. Naik nak muntah hijau la mengadapnya. Pulak tu tak agak-agak dia punya kilometer tu.
Ada yang lagi best ni pi keja naik keta sama-sama. So, pasti la sorang aje yang akan dapat claim kilometer tu. Diorang ni punya bijak ubah masing-masing naik motor. Sorang pun aku tak bagi karang baru korang tau.
Pening betul la menjaga budak-budak yang pe'el macam-macam nih.
1 comment:
macam2 jenis org kan.. hmmm apa-apa pun buat yang terbaik
Post a Comment