SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, May 13, 2010

Amir demam lagi

Esok balik kampung. *sengeh-sengeh*

Kalau tak memang tak dapat balik kampung. Sebab kena bagi taklimat. Dah cuba dah mintak tolong orang lain, tapi semua bolayan. Hari Ahad, memang terima kasih la orang nak tolong. Semua pun lari.


Bos lagi la. Kalau dah ada sepatah perkataan nama sistem yang aku handle tu jangan harap la diorang ni nak pi. Semua pun mengelak. Semua tolak kat aku. Kalau ada nama sistem aku disertakan nama PM baru la diorang semua tunggang terbalik.


Aku terpaksa balik jugak. Amir demam lagi. Aku rasa dia demam rindu kat aku la. Sebab kalau aku balik kampung dia nak berkepit aje. 2 hari lepas video call dengan dia malam tu terus mengamuk-ngamuk time nak tido. Abang Misai la cerita. Kesian anak ummi. T_T


Sebab dah berkobar-kobar nak balik aku call orang yang dok handle benda alah tu kata aku tak boleh nak datang. Anak aku demam. 


Rupanya diorang pun boleh bagi taklimat tu. Just nak ada orang yang boleh handle pendaftaran aje. Itu no problem la.


Lega sikit hati aku.


Dapat la balik dengan aman.



2 comments:

@e_da said...

salam amiys.. thanx vote mika.... alhamdulillah dpt balik jumpa amir.. sian dia demam .. mesti nak pandai sesuatu yg baru tu...

puterikurekure said...

kesian amir asik demam je.
:(