SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, May 19, 2010

Siapa rindu sama budak ini? My baby boy dah 9 months today.

Amir dah genap 9 bulan hari ni. Clap! Clap!


Pic ni latest sekali. Last weekend punya pic. Masa ni tengah tunggu atok Amir amik ubat kat klinik. Time ni Amir tengah demam.

Tak ada senyum simpul dah Amir ni sekarang. Susah bebenor nak snap pic dia tengah gelak sebab nanti dia gerak-gerak nak capai hp cap ayam ummi dia ni.

Susah ok nak bagi dia pakai topi. Tu pun kira nasib baik la melekat sekejap atas kepala. Senget-senget pulak tu. Sebab nanti dia tarik. Hahaha! Rimas kot. Tengok la tu. Pandang ke lain. Sibuk pandang kereta lalu lalang.

Ni kat rumah. Time tengah kusyuk main-main. Suka main tupperware pulak tu. Kejap-kejap dia bukak tupperware tu. Kejap lagi tutup. Tapi bila dah tutup tak boleh bukak dia mengamuk. Muahaha!

Pic bawah tu Amir dok masuk bawah kerusi. Penat dah jerit tak bagi. Dia sengih-sengih lepas tu masuk jugak. Hahaha! Suka sangat menyelit bawah kerusi tu. Apa yang dia cari pun ntah la. Pandai pulak tu pusing-pusing keluar sendiri.

Dah 9 bulan anak ummi. Sekarang Amir dah pandai melambai. Kalau cakap bye-bye dekat dia nanti dia angkat tangan kodek-kodek tangan dia lambai orang. Ahahaha! Itu ikut mood ye. Kalau mood adalah rajin dia lambai. Datang angin dia sebut la bye seploh kali dia akan bolayan.

Dah pandai kiss orang jugak. Kalau suruh sayang nanti dia rapatkan muka dia n kiss. Selalunya dia kiss abah dia aje. Sob... Sob... Kecik hati ummi.


Dah pandai memanjat juga. Baby cot tu dah kena turunkan 1 level ke bawah. Sebab dia dah pandai angkat badan dia lepas tu berdiri. Siap berdiri sebelah tangan lagi konon-konon hero la. Lepas tu tergolek bedebum tebabo melalak dalam baby cot tu. Abes lebam pipi terlanggar palang katil tu.


Dekat kerusi pun sama. Pantang nampak kerusi. Terus tarik-tarik badan n berdiri. Huhuhu... Jenuh nak cover tak bagi jatuh.


Gigi tak menampakkan lagi tanda-tanda nak tumbuh. Tak ada gigi pun perasan macam ada gigi jugak. Hahaha! Sibuk gigit-gigit ummi kalau ummi marah dia.


Oh, tak sabarnya nak balik jumpa Amir n bawak dia ke Shah Alam.





6 comments:

@e_da said...

heheh budak2 mmg suka masuk bawah meja kan.. kejap je rasa dah 9 bulan kan..esok2 tgk dah leh berlari

puterikurekure said...

dah banyak perkembangan amir ni.
:)

takpe...gigi lambat tumbuh takpe. t=amir dah boleh macam2 tu.

ejaMaria said...

wah... dia dah training nak berdiri... bagus la blum ade gigi, tak la nnt bila nak blaja berdiri + bjalan, jatuh tersembam darah pulak mulut... itu kebaikan gigi tumbuh lambat... umi jgn risau yek!

zee nazeri said...

Happy 9th. month Amir..

iNtAn aIzaN said...

warh budah tecik nie dah besar yer :)
sekejap jer kan amiys..tak lame lg dah boleh berjalan pulak..
seronok umi yer :P

aMiYs said...

ida - tu la... jenuh nak suruh keluar.. kat bwh meja kerusi tu la dia berkenan...

intan - maybe sbb dh boleh berdiri tu yg lmbt sket gigi tumbuh kot.. hehe..

ejamaria - x risau.. hehe.. excited tgk dia nak berdiri sendiri tu...

zee - thnks zee.. :)

ezan - ahaha.. tu la.. pejam celik dah besor dah... klu dah berlari jenuh la nak kejar pulak.. :D