Baru lepas meeting pasal audit tadi. Cet, audit ni memang diadakan untuk cari kesalahan orang je kan.
Padahal benda kecik aje pun. Tak letak senarai tugas harian.
Setau aku la senarai tugas harian tu memang tak payah letak dalam file meja. Kalau letak pun yang kosong punya. Yang dah tulis kena letak atas meja.
Macam-macam je.
Aku dah la sakit perut ni. Masuk angin rasanya.
Tengahari tadi apa pun tak makan.
Nak balik awal meeting pulak abes lambat.
Kejap lagi nak ke PKNS la. Nak tukar crocs Amir yang beli hari tu. Size kaki anak aku besor rupanya. Hahaha! Ingatkan Amir kecik cinonet lagi.
Tak apa. Since hari tu budak tu kata boleh tukar so aku nak tuntut janji manismu tu. Kalau dia kata tak boleh tukar siap la.
Ok la. Aku nak balik awal sikit hari ni. Semalam dah balik lewat.
Tata!
1 comment:
biasa la tu kalau meeting memang macam tue....
Post a Comment