SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, May 3, 2010

Cerita pasal kenduri

Ni macam mana aku nak buat keja ni? 1 sistem pun aku tak boleh akses. Cuba korang bagitau aku?

Internet memang dah down all da way dari pagi tadi. Kejap ok. Kejap ko. Sudahnya aku guna broadband aku je. Dah guna broadband pun tak boleh akses sistem jugakkkk....

Sebab aku boleh online tapi tak boleh buat keja maka marilah berblogging. Huhauahuaha! Terus gembira. (^_^)

Kerana terlebih masa terluang meh aku story pasal kenduri hari tu. Basi tak basi aku nak story jugak. Tak nak baca sila klik 'x' di sebelah kanan atas tu ye. ;p

Kitorang 3 beranak bertolak dari Penang pukul 6 petang. Aku la yang terhegeh-hegeh tu. Laki aku balik keja time tu la baru nak kemas barang Amir. Time tu la nak bersiap. Hahaha! Tapi beg Amir aku dah kemas. Bakul susu dia je aku tak kemas lagi.

Kitorang ke Teluk Intan tu exit ikut Changkat Jering. Guna jalan dalam. Jimat tol. Tapi gila babas la ikut jalan dalam tu weh. Kereta memotong macam berlumba kat litar senah oiii!!! Michael Shumacher pun berpinar tengok skill diorang ni.


Ye la. Kereta lorong bertentangan dah dekat gila boleh potong lagi. Dah la kereta depan rapat. Lepas tu nak menyelit. Kitorang pulak yang dah terhoyong hayang. Tu bukan Shumacher lagi. Tapi Shumangkuk dah. Dah kena hon pun boleh lagi potong kereta depan tu pulak. Hish... Patut la selalu yang accident tu kat jalan negeri.


Abaikan bebelan aku pasal tu. *kuat membebel rupanya aku ni Baru sedar. Huahuahau!*


Sampai ke Teluk Intan dalam pukul 10 lebih. Amir dah selamat tido. Pengantin pun dah selamat nikah. Mula-mula ingat nak tunggu Amir dalam kereta aje. Tapi tiba-tiba dia bangun. 


Muka aku dah macam torch light dah masa ni. Berkilat-kilat. Boleh la buat suluh jalan. Huhuhu... Amir muka masam baru bangun tido.


Aku cuba pakai tudung syria. Rasa macam booolat aje muka. Kekeke... Ni esoknya masa kenduri. Masa ni tengah bersilat dengan Amir dalam rumah makcik aku tu. Tak reti dok diam.
Amir, tengok kamera tu.

Alahai anak ummi ni, senyum la sikit.

Haaa... Kan ensem macam tu. :D

Amir bergambar dari dalam kotak bunga telur ye. Orang sibuk dok buat bunga telur dia pun nak tolong jugak. So, main la kotak. Terus senyap.

Tengok la pe'el dia main-main dalam kotak tu.

Yana pun nak enterframe jugak. hehehe...

Bila dah letih jadi la macam ni. Hahaha!

Ini budak Fik yang konon-konon malu dengan makcik dia ni dengan abah dia.

Kakak aku yang dah serabai giloz jadi pencacai time kenduri. Wakakaka!

Ni dah balik rumah balik. Saje nak letak pic Amir tersengih lebar dengan ummi dia yang serabai. Hahaha!

Petang tu abes kenduri kitorang terus challo balik. Dekat pukul 1 pagi baru sampai rumah. Letih gila babas.

Esoknya terus aku kena gastrik sebab time kenduri aku makan sikit aje. Panas sangat cuaca masa tu. Aku cari air je. Kembung perut minum air tu yang makan pun ciput walaupun lauk adalah feveret iaitu sambal jawa. Lepas tu petang sampai la ke tengah malam tak makan apa.

Dah, tak tau nak cerita apa lagi. Hahaha!




3 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

s0 c0meiii :-)))

mrzn said...

Ok pe, pakai tdg tu..

Suliana said...

comel amir..makin putih dia..