Aircond opis masih lagi di takuk lama. Ketiak aku dah berkepam dengan peluh. Kalau macam gini gayanya pakai deodorant sebotol pun berpeluh jugak senah. Bila la diorang ni nak repair aircond. Adakah perlu menunggu aku menjadi makhluk ganas kerana kepanasan melampau?
Eh, nak tanya la. Kalau macam Amir yang dah umur 9 bulan tu kan boleh ke apa yang kita masak untuk dia letak garam. Bukan la sebeban garam aku nak taruk. Just nak bagi rasa tu ada. Sebab Amir ni kalau tawar memang hampeh la nak masuk mulut dia.
Dia makan 2-3 sudu lepas tu dia tak nak dah. Penat ummi masak dengan penuh kasih sayang tau. T_T
Sesiapa yang dah menjadi ibu-ibu lebih dulu dari aku share la macam mana korang masak untuk anak. Kot aku boleh buat untuk Amir lepas tu dia suka pulak. Heheh...
Laki aku amat risau ye sebab Amir belum tumbuh gigi. Bayang gigi pun tak nampak. Lepas tu Amir tak boleh berjalan lagi.
Aku tak ada la risau sangat. Sebab tumbesaran baby ni lain-lain kan. Amir dah boleh berdiri paut-paut tu dah pencapaian bagus la pada aku setakat ni. Laju jugak la tu sebab dia baru aje boleh duduk sendiri dah boleh terus panjat-panjat.
Aku nak buat keja sat. Sat lagi update lain.
2 comments:
klu ikut WHO, mmg tak galakkan.
aku pun lambat2 sikit kasi dia garam & perasa tu.. tapi skrg dah bagi dah..letak butter baru ada rasa skit. jgn risau, aqil setahun baru leh jalan, gigi masa 6 bulan, may be dia nak jln dulu kot. klu cepat2 gigi, takut cepat rosak..
tak payah garam... dalam bubur tu kalau nak rasa bubuh carrot banyak2, pastu lenyekkan, ubi kentang, keledek pun bole... isi ikan goreng pun sedap...
jgn letak garam dalam bubur ye, sbb usus bayi masih lembut, ginjal dia pun masih muda, bila ada garam dalam makanan makna nya ianya menambah beban pada sistem dalaman bayi utk memproses makanan... sabar ek...
Post a Comment