OMG! OMG!
Kereta aku tak boleh start. Huhuhu... Bateri kong la pulak.....
Dan-dan tu la segala sakit perut nak datang.Peluh jantan betina menitik dah.
Tu nasib baik aku turun konon nak pi beli makanan time lunch. Kalau aku tak turun n turun time balik apekah gamaknya pekerjaan aku sekarang dekat kereta itu???
a. Melalak?
b. Maki hamun?
c. Pengsan?
d. Bertukar! Menjadi hulk dan menterbalikkan kereta?
Pilih la salah satu yang sesuai. Wakakaka!
Alhamdulillah ada la sorang uncle ni tolong dengan menggunakan jumper ye. Memang tak boleh start langsung dah.
Almaklum bateri kereta dah sama usia dengan kereta aku since aku beli 2 tahun lepas tak tukar-tukar lagi. Dah mintak nak tukar la tu.
Aku tinggal kereta 2 hari kat opis sebab balik kampung. Hari tu aku tinggal seminggu tak ada pulak dia buat hal. Pandai dah nak merajuk dengan tuan dia. Isk.. Isk...
Laki aku bila aku call tanya dia boleh pulak jawab macam ni,
'Kereta tak boleh start panggil abang. Lori tak boleh start pun panggil abang jugak.'
Ehhhh... Emo pulak tiba-tiba. Aku tanya aje.
Apesal lori terbabit sama? Sebab sabtu lepas adik ipar dia punya lori tak boleh start. Adik ipar dia keja bawak lori kontena. So, kepala lori tu buat hal. Maka laki aku la yang dicari.
Tapi apesal pulak nak emo dengan aku ni. Aku nak tanya aje bateri kereta aku tu bateri kering ke basah. Ish...
Ntah angin apa la tu.
4 comments:
angin la tak jumpa ko..kihkihkih..
memang la call laki bila keta tak leh start... aku pun buat mcm tu... pastu baru pikir, jumper ade tak kat boot keta, minta tolong org ade kat sebelah2... ala...karang call boyfren? jadi cite lain pulak... aduyaii...
su - jumpa dah.. tp ehem... ehem.. PNC lor... hahaha...
Ejamaria - tu la kak... angen je aku nih... hahaha!
hehhehe...saya pun pernah kena hari tu. so kena standby jumper la kalau duduk jauh dgn suami...
Post a Comment