Soalan cepumas daripada laki aku n kawan-kawan yang aktif jugak berblogging ni ye.
Jawapannya..... jeng... jeng...
Since aku start berblogging September 2008 n start aku taruk encik Nuffnang April 2009 baru sekali aje aku cash out. Baru aje pun. Payment pun belum dapat lagi. Masih diproses.
Amaunnya pun tak ada la banyak macam kak VP or Sepet or Ceera. Hehehe... Tapi boleh la setakat nak menampung poket aku time sesak. Aku cash out hari tu pun baru RM 100++.
Sebab eh aku blogging ni saje la suka-suka. Dan aku adalah sangat lembap nak jogging kat blog orang. Kalau datang hantu rajin aku ada la aku terjenguk sana sini. Selalunya malas la yang lebih. Hahaha!
Tengok la traffic aku ni. Ciput sangat. Nampak sangat la tak ada kipas susah mati. Wakakaka! Lagi pun entry aku more towards diri sendiri. Emo sepanjang hayat. Caca marba ok. Apa yang aku rasa terlintas kat kepala otak aku taip. Kalau aku blur aku merepek.
sila klik jika tak mau kerabunan
Langsung tak memberi info membina kot blog aku ni. Wahahaha!
Alhamdulillah ada la jugak dapat buffered yang bila dah abes tempoh dok lip lap kat blog aku ni jadi metered earning. Banyak lip lap kat LR saje. Yang lain tido sokmo. Heheheh...
Bintang kejora kat tepi tu pun tambah la bersinar sebijik lagi. Akekeke...
hahaha.. konon aje la padam total padahal korang pon buleh kira ada berapa... akekeke!
Aku bukan la blogger otai pun. Baru aje 2 tahun jagung.
Peminat pun tak ada. Perasan sangat senah orang nak minat aku. Hahaha! Selalu syok sendiri aje deh. Apa pun thanks pada yang dok follow aku ye.
Jadi setelah habis berkhutbah mengenai nuffnang maka mari la sambung keja yang terbantut ini. Sebelum encik bos terjah bilik aku. Huhuhuhu...
P/S: Aku tak ada tips nak meramaikan umat yang berkunjung ke blog ye. Sebab blog aku sendiri pun tak sampai 100 viewers per day. Hikhikhik...
1 comment:
banyaknye BE. hebat la akak ^^.
sy langsung zero earning.xsampai sebulan lagi letak iklan nuff. ke memang kena tunggu lagi kak?
Post a Comment