Aku tengah mengalami sakit perut tahap kronikal. Gastrik rasanye.
Dah macam mana tak gastrik. Aku pi kursus hari ni kat Putrajaya. Time lunch makan tengahari tak disediakan. Sila la menggagau cari sendiri.
Disebabkan turun ke cafe adalah lambat iaitu pukul 1.30 sebab kena lepas lambat maka semua makanan juga telah sadaqallahulazimmmm....
Waaaa!!!! Kebulur ok. Kebulur.
Yang tinggal waffle saje. Tibai aje la sekeping waffle. Aku nak tibai banyak pun aku tak suka sangat makan benda manis-manis.
Itu aje la lapik perut aku sampai ke petang. Petang pulak berkejar balik opis. Memang sadis la. Masa aku tengah berkursus orang kat opis cari aku pasal paper yang timbalan nak kena bentang Jumaat ni.
Takut sangat aku tak siapkan. Tak buleh sabo gamaknya. Heeee.... Marah ok. Orang lain sori naik lori la nak tolong buat untuk aku. Ko tertonggeng la buat sendiri.
Baru sekejap tadi makan nasi lemak. Adik aku belikan. Tapi perut aku dah selamat masuk angin.
Isk... Isk...
Bawak balik la keja kat rumah. Dah pukul 8 pun nak stayback kat opis. Dah! Dah! Aku nak blah!
No comments:
Post a Comment